Minggu lalu, seorang individu mendedahkan pelakon senior Aida Aris enggan melunaskan hutang sebanyak RM 208,000.
Aida atau nama sebenarnya Siti Rohaida Mat Aris bagaimanapun memilih pendekatan untuk berdiam diri atau kenyataan yang dikeluarkan oleh individu yang juga bekas adik iparnya itu.
Artikel berkaitan: Simbah Cat Dekat Salah Rumah, Ah Long Suruh Penghutang Asal Bayar Ganti Rugi
Artikel berkaitan: 5 Pelakon Yang Sanggup Buat Perubahan ‘Extreme’ Untuk Buat Watak Nampak Realistik
Menurutnya, tindakan sedemikian diambil bukan kerana dia dalam keadaan takut, sebaliknya mengikut nasihat ibu agar bersabar apabila menghadapi dugaan.
“Aku diam bukan takut. Aku diam sebab mak pernah pesan ‘biarlah orang buat kita.. sabar,” katanya.
Pelakon yang berasal dari Singapura itu turut menzahirkan terima kasih terhadap mereka yang memberikan sokongan ketika dia berdepan dugaan tersebut.
Dalam pada itu, dia juga bersyukur dan mengakui doa seorang ibu itu memang ada walaupun individu tersebut sudah lama meninggal dunia.
Sebelum ini, individu dikenali sebagai Ziela Rashid telah membuat satu pendedahan yang mendakwa pelakon itu enggan melunaskan hutang sebanyak RM208,000 sejak empat tahun lalu.
Wanita itu sebelum ini mengakui tidak menyangka pelakon yang telah diisytiharkan muflis itu sanggup melarikan diri dan enggan membayar hutang yang melibatkan dirinya serta suami.
Sumber: Kosmo!