Sekumpulan aktivis Just Stop Oil telah ditahan selepas mereka bertindak menyembur cat ke atas bangunan pejabat di Canary Wharf beberapa hari lalu.
Memetik laporan Daily Mail UK, Sebanyak 27 orang aktivis telah ditahan pihak berkuasa London selepas mengadakan protes duduk di ibu pejabat Total Energies dan menggunakan alat pemadam api yang diubahsuai untuk menyembur cat oren.
Walau bagaimanapun, usaha mereka untuk memprotes itu telah dibalas dengan tindakan pantas seorang pekerja Total Energies.
Dalam kekalutan ketika protes itu sedang berlangusng, seorang pekerja dengan penuh selamba terus mencuci tingkap yang disembur cat menggunakan water jet. Korang boleh tengok video pekerja mencuci cat di tingkap bangunan itu yang dimuat naik oleh @ElijahSchaffer dibawah.
The power washer hero we didn’t know we needed pic.twitter.com/Khf8s3unGn
— E (@ElijahSchaffer) July 1, 2023
Untuk rekod, protes itu dilakukan untuk menuntut kerajaan menghentikan segera semua pelesenan dan persetujuan masa depan untuk penerokaan, pembangunan dan pengeluaran bahan api fosil di United Kingdom.