in

“Akaun rasmi dia ke?” – Permohonan Maaf Pelumba Jepun Langgar Shah Firdaus Cetus Persoalan

shinji nakano minta maaf langgar shah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak semalam media melaporkan pelumba berbasikal trek Jepun, Shinji Nakano telah membuat permohonan maaf kerana dikatakan tidak tahan dengan ‘serangan’ netizen Malaysia susulan insiden pelanggaran dengan wakil negara, Shah Firdaus Sahrom.

Permohonaan maaf dibuat menerusi akaun TikTok, yang turut meminta netizen Malaysia untuk tidak melibatkan keluarganya dalam isu ini.


“Saya meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia atas kesilapan saya.

“Tolong jangan babitkan nama keluarga saya. Saya harus bertanggungjawab dan tolong jangan libatkan keluarga saya,” tulisnya.

Artikel berkaitan: Adik Shah Firdaus Hiba Lihat Abang Dirempuh, Mohon Netizen Jangan Kecam Pelumba Jepun

Artikel berkaitan: “Shah Firdaus akan teruskan legasi saya” – Azizulhasni Umum Bersara Dari Sukan Berbasikal Trek

Screenshot 2024 08 13 103715

Permohonan maaf itu bagaimanapun menimbulkan keraguan dalam kalangan netizen mengenai status akaun Tiktok tersebut sama ada palsu atau sebaliknya.

Hal ini disebabkan akaun terbabit hanya memuat naik dua hantaran yang berkaitan insiden tersebut.

Bertambah pelik apabila permohonan maaf itu dibuat di akaun TikTok sedangkan netizen Malaysia yang tidak berpuas hati mengecamnya di akaun Instagram sejurus selepas insiden itu.

Meninjau ke ruangan komen di akaun Instagram pelumba Jepun terbabit, dapat dilihat beliau terpaksa mengehadkan komen.

Dalam acara keirin final di Paris 2024, Shah Firdaus berada di kedudukan terbaik untuk gangsa, sebelum pelumba Jepun itu dilihat seperti menolaknya dan terjatuh.

Akibat insiden tersebut, Shah Firdaus meraih tempat keempat, namun diturunkan ke tangga keenam kerana didakwa memulakan pelanggaran, manakala Nakano pula gagal menamatkan perlumbaan.

Sumber: TikTok, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.