fbpx
in

Akaun Dibekukan, Vivy Yusof Terharu Ramai Sudi Ringankan Beban Siap Kirim ‘Beef Wellington’

syaz ft 2025 01 02T123017.351

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, usahawan serta pempengaruh terkenal Datin Vivy Yusof serta suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM8 juta.

Kesalahan didakwa dilakukan pada 21 Ogos 2018 dengan dana berkenaan dikatakan dipindahkan secara tidak sah daripada akaun syarikat Fashion Valet ke syarikat lain tanpa kelulusan lembaga pengarah.

Artikel berkaitan: “Saya buat perkara yang tak terjangkau di fikiran” –  Vivy Pilih Untuk ‘Private’ Akaun IG

Artikel berkaitan: Vivy Yusof & Suami Mengaku Tak Bersalah Tuduhan Pecah Amanah, Dilepaskan Dengan Jaminan RM100K Seorang

Susulan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik mereka.

Terbaru, dalam Instagram miliknya, Vivy Yusof berkongsi dia terharu apabila ramai yang mengambil berat tentangnya selepas dugaan yang ditempuhinya itu.
GgMt7zKasAAwmki

“Selepas media mengumumkan akaun kami dibekukan, saya tak dapat nak gambarkan betapa baiknya orang di sekeliling kami.

Meskipun kami ada duit sendiri yang bukan milik syarikat, kami tiada akses kepadanya, semuanya disekat.

Jadi, ramai yang risaukan kami terutama anak-anak kami, ramai juga yang menghantar mesej serta kata-kata semangat,” tulisnya.

Vivy juga berkongsi ramai yang menghantar baucer Grab untuk membantunya serta menghantar makanan.

Usahawan itu menyifatkan apa yang dihadapinya itu sesuatu yang sangat mengajarnya untuk merendah diri dan percaya dengan rahmat Tuhan. Malah, Vivy serta keluarganya turut diberikan makan kegemaran mereka iaitu Beef Wellington.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top