Tiada suami yang sanggup melihat perit dan derita isteri yang dicintai. Itulah yang dihadapi oleh pempengaruh media sosial iaitu Ubai yang membuka mulut mengenai situasi dihadapi isterinya yang juga seorang penyanyi, Shila Amzah.
Ubai memaklumkan tindakan adik iparnya, Shafiq yang mula menyerang keluarganya di media sosial sudah melampaui batas.
Artikel berkaitan: “Kau beduk kakak kau, adik kau” – Bekas Adik Ipar Tampil Pertahankan Shila Amzah
Artikel berkaitan: “Dikerah untuk bekerja..” – Ubai Dedah Shila Amzah Selama Ini Tanggung Keluarga
Menurutnya, kenyataan yang diberikan oleh adik iparnya itu berbaur fitnah dan lebih kepada memburukkan isterinya.
“Dia membuat hantaran menerusi ruangan story di TikTok yang mengatakan dia akan mendedahkan siapakan Shila Amzah sebenar.
“Selepas itu dia melakukan siaran langsung dan mengatakan Shila tak sedar di untung, berjaya pun sebab mak ayah,” katanya.
View this post on Instagram
Katanya lagi, dia cuba memasuki live TikTok untuk menegur namun kena mute dengan adik iparnya. Malah, Shila dan bekas adik ipar isterinya ada mencuba namun dikenakan tindakan yang sama.
Dalam pada itu, Ubai turut mendedahkan sikap Shafiq yang dianggap biadab kerana melibatkan arwah ibunya.
“Satu benda yang saya ingat sampai sekarang dia cakap adalah Ubai kau ajar sikit bini kau, mari sini aku ajar kau macam mana nak jadi suami. Kau pun mak dah meninggalkan,” katanya.
Kenyataan itu dianggap sudah melampau, membuatkan Ubai perlu mempertahankan isterinya dengan mengeluarkan kenyataan mengenai derita yang dilalui Shila sepanjang 33 tahun hidup.
“Jadi saya tulis satu nota di platform X. Itulah kebenarannya. Pada asalnya hanya berpunca dari rumah sahaja,” jelasnya.
Terdahulu, Shafiq mendakwa Shila sebagai individu yang suka berpura-pura serta menyifatkan tindakan kakaknya menjual rumah berkenaan hanyalah disebabkan wang.
Sumber: Gempak