Meskipun telah dihadapkan dengan ujian suami berkahwin isteri kedua, pempengaruh terkenal Aisyah Hijanah dilihat sangat tabah dan masih mempunyai kekuatan untuk meneruskan kehidupannya seperti biasa.
Semalam, tular sebuah video yang dikongsikan netizen memaparkan Aisyah muncul dalam sesi live bersama Alif Teega untuk mempromosikan produk ‘planner’ yang dijualnya.
Diawal video, Alif dilihat menegur netizen untuk mendoakan yang baik-baik terhadapnya dan keluarga supaya dipermudahkan urusan sebelum menyerahkan sesi live itu kepada Aisyah.
Artikel berkaitan: Alif Teega Didakwa Nikah Isteri Baharu Di Thailand, 4 Hari Sebelum ‘Anniversary’ Dengan Aisyah Hijanah?
Artikel berkaitan: Ditegur Suami Semasa Live, Aisyah Hijanah Dinasihat Tidak Dedah Masalah Rumah Tangga Di Media Sosial
“Aisyah takkan burukkan abang”
Aisyah yang mengakui sedang hamil 6 bulan itu berkata, dia tidak akan memburukkan suaminya dan meminta netizen untuk ‘move on’ daripada kisah tersebut.
Tak Aisyah takkan burukkan abang, jangan risau. Dia macam ni. Benda yang lepas itu is past. Benda yang dah terjadi tu, kita nak perbetulkan pun tak boleh sebab dah jadi. Dah kahwin dah.
“So nak buat apa? Sebagai seorang isteri, apa yang you boleh buat adalah you kena hadap dulu dan berdamai,” katanya.
View this post on Instagram
Aisyah juga pada masa yang sama memohon netizen untuk tidak bercakap benda yang bukan-bukan mengenai Alif Teega kerana lelaki itu masih lagi suaminya.
Malah dia juga meminta netizen melihat kebaikan Alif sebelum ini dan tidak dikaburi dengan hanya satu kesalahan yang telah dilakukannya.
Bagi yang (tanya) kenapa waktu Aisyah mengandung juga nak kahwin kan? Em, yes for me itulah jodoh. Aisyah cakap dengan Alif juga pasal ni, jodoh, ajal, maut itu dia tak kira apa kedudukan kita.
“Tengah mengandung ke, tengah itu ini ke, sekiranya ketetapan Allah pada waktu itu, kita kena accept lah,” katanya lagi.
“Tengok muka pun dah tahu betapa sedihnya dia”
Perkongsian berkenaan telah mengundang pelbagai komen daripada netizen yang memuji ketabahan Aisyah dalam menjadi isteri yang baik, di samping tidak mahu mengaibkan suaminya.
Namun ada juga di kalangan netizen yang tak senang duduk dengan sikap Alif yang dikatakan bimbang dirinya dipandang buruk oleh orang ramai.
Apa-apapun, admin nak pesan kepada korang yang mengecam dan memberi teguran tu, janganlah berlebihan. Kita doakan je yang baik-baik untuk mereka.
Sumber: Instagram