Nama Aisar Khaled sekali lagi menjadi perhatian netizen berikutan dengan perkongsian terbarunya di TikTok.
Semalam, Aisar ada memuat naik satu video menunjukkan dia sedang berdakwah kepada seseorang dan ia telah meraih sebanyak 588.7K sepanjang 20 jam ia dikongsikan.
Tolong hormat agama lain – Netizen
Apa yang menjadi perhatian netizen adalah, dia dipercayai berdakwah kepada individu yang bukan beragama islam sebelum mengajar individu itu mengucap dua kalimah syahadah.
Ia telah mengundang kemarahan netizen dan dianggap tidak menjaga sensitiviti terhadap agama lain yang ada di Malaysia ini..
Selain di TikTok video ini turut viral di Twitter dan meraih 1,594 jumlah retweets dalam masa 14 jam ia dikongsikan.
Menjengah ke ruangan komen majoriti kurang senang dengan tindakan Aisar kerana ia dianggap tidak menghormati agama lain terutamanya mereka yang menganut agama asal individu tersebut.
Ramai juga yang menyatakan bahawa tidak salah untuk berdakwah tapi cara pendekatan itu tidak betul.
Namun begitu, ada juga yang menyokong tindakan Aisar yang kini banyak melakukan kebaikan dan terkini dia ada post satu video dirinya bersama Ustaz Ebit Lew.
https://www.tiktok.com/@aisarkhaledd/video/7012461062167481627?is_from_webapp=v1
Untuk rekod, Aisar Khaled pernah dikecam teruk Ogos lalu susulan dengan tindakannya menjadikan kematian arwah Siti Sarah Raisuddin sebagai modal untuk kandungan saluran YouTube miliknya. Bagaimanapun suami arwah, Shuib telah pun memaafkannya,
Baca : “Ini ujian terbesar saya” – Aisar Khaled DM Shuib Mohon Maaf, Minta Netizen Berhenti Mengungkit