in

‘Airport’ Di New Zealand Benarkan Berpelukan Maksimum 3 Minit Sahaja Di Zon ‘Drop-off’

Had Masa Berpelukan Di Lapangan Terbang New Zealand

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika ada ahli keluarga atau rakan baik kita yang akan ke luar negara buat jangka masa yang lama seperti menunaikan haji atau umrah, sudah semestinya kita akan turut serta menghantar mereka ke lapangan terbang untuk mengucapkan selamat tinggal.

Namun, Lapangan Terbang Dunedin di New Zealand ini pula telah menjadi tular baru-baru ini kerana pihak pengurusan lapangan terbang tersebut telah mengeluarkan peraturan baru di mana individu-individu yang menghantar orang tersayang yang akan menaiki penerbangan di airport tersebut hanya boleh berpelukan dan mengucapkan selamat tinggal maksimum selama tiga minit sahaja.


Difahamkan, peraturan itu dibuat untuk mereka yang menghantar ahli keluarga atau rakan di zon drop-off penumpang di lapangan terbang tersebut untuk mengelakkan kesesakan di kawasan tersebut.

8 3

Artikel Berkaitan: Khairul Aming Terima Surat Penghargaan Daripada PM New Zealand

Artikel Berkaitan: “Dah macam Menteri Pelancongan!” – Khairul Aming Jumpa PM New Zealand, Masakkan Roti Jala

Namun, jika mereka tetap mahu berpelukan dan mengucapkan selamat tinggal untuk tempoh yang lama melebihi tiga minit, mereka boleh meletakkan kereta di kawasan parkir lapangan terbang itu kerana bayaran parkir di situ adalah percuma untuk tempoh 15 minit pertama.

Memetik laporan CNN, had masa untuk berpelukan itu telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada warganet negara berkenaan.

Apa pula pendapat anda?

Sumber: CNN

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.