in

AirAsia Perbaharui Polisi Pakaian, Pramugari Dibenarkan Berhijab Tanpa Perlu Ikut Laluan Terpilih

ft air asia hijab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Syarikat penerbangan tambang murah Malaysia iaitu AirAsia hari ini membenarkan kru wanita untuk memilih memakai uniform lengkap berhijab semasa bertugas. Dalam kenyataannya hari ini, perlaksanaan itu dirancang pada suku pertama 2026 iaitu pada bulan Ramadan bagi memastikan setiap kakitangannya lebih selesa dan yakin.

Ia selaras dengan budaya AirAsia dan evolusi yang berterusan menerusi maklum balas daripada orang ramai. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group, Bo Lingam berkata, pembaharuan ini memperluaskan fleksibiliti kepada kru kabin wanita untuk memakainya.


Artikel berkaitan : Gunung Ruang Meletus, Malaysia Airlines & AirAsia Batalkan Penerbangan Ke Sabah & Sarawak

Artikel berkaitan : Bekas Pengerusi AirAsia Berhad, Datuk Pahamin Rajab Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

Tidak terhad untuk laluan Jeddah sahaja lagi

Screenshot 2025 12 05 140732

Dibandingkan dengan sebelum ini, penggunaan hijab itu hanya boleh diimplementasikan di beberapa laluan terpilih seperti Jeddah yang mewajibkannya.

Dalam pada itu, Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia, Suhaila Hassan berkata, pihak mereka akan sentiasa menerima maklum balas daripada kakitangannya untuk bekerjasama rapat dengan mereka.

594157869 1282299743932807 3098199411407283051 n

“Kami berharap untuk memulakan pada bulan Ramadan 2026.”

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tony Fernandes menjelaskan bahawa pihaknya sentiasa menghormati pandangan dan kepercayaan yang berbeza dan itu adalah cara syarikatnya berkembang dengan berevolusi bersama berdasarkan pandangan daripada kakitangannya.

“Pakaian seragam kru kabin ikonik AirAsia yang berwarna merah akan kekal dengan pilihan hijab dan seluar yang direka secara profesional diteruskan mengikut reka bentuk yang sama seperti dipakai oleh kru yang bertugas di laluan Jeddah.

“Ini memastikan keselesaan, keselamatan dan konsistensi jenama di seluruh rangkaian.”

Sumber: BERNAMA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.