Seperti yang ramai sudah maklum, terdapat beberapa negeri di Semenanjung Malaysia kini sedang menghadapi bencana banjir yang amat merisaukan dan antara negeri yang paling teruk terjejas ialah Terengganu.
Menurut laporan Harian Metro, keadaan banjir di negeri pantai timur itu semakin buruk dan seramai 11,415 orang telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Setakat jam 8 pagi tadi, mangsa daripada 3,326 keluarga ditempatkan di 174 PPS di tujuh daerah dan ia menunjukkan peningkatan berbanding hanya 5,494 orang daripada 1,627 keluarga ditempatkan 103 PPS malam tadi.
Di Twitter, perkataan ‘Terengganu’ telah trending disebabkan bencana alam tersebut, rata-rata netizen menyatakan doa serta rasa risau mereka melalui platform media sosial tersebut, tidak kurang juga mereka yang berkongsi tentang keadaan semasa di sana.
Pray for Setiu ??! Satu lagi daerah terkesan dengan banjir yang teruk sejak semalam. Sama sama kita doakan agar semuanya selamat ?
Kredit: TikTok almiyaz // @amazing.terengganu
#banjirpantaitimur #banjir2022 pic.twitter.com/R5uXcqOJXf
— Kool 101 ?? (@kool101my) December 18, 2022
Sebuah video mangsa banjir yang dikongsikan oleh @buletinfm memaparkan keadaan dalam rumahnya dipenuhi air yang sangat tinggi dan deras sehingga menyebabkan barangan dalam rumah berkenaan total lost.
Selain itu, difahamkan sebanyak 12 jalan raya di Terengganu terjejas termasuk tujuh yang ditutup sepenuhnya, akibat banjir yang melanda negeri itu, bermula jam 8 pagi tadi.
Semoga semuanya dalam keadaan yang selamat…
Baca: Budak 2 Tahun Jadi Korban Pertama Banjir Terengganu, Lemas Terjatuh Di Halaman Rumah