in

“Air bukan masuk melalui cermin”- Restoran Rembayung Bocor Ketika Hujan Lebat, Ini Penjelasan Daripada Kontraktor

Rembayung

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, restoran Rembayung menjadi perhatian ramai apabila premis berkenaan mengalami masalah kebocoran sehingga air hujan memasuki ruang makan, menyebabkan pelanggan yang berada berhampiran kawasan terjejas terpaksa berpindah ke meja lain.

Rembayung Bocor

Khairul Aming selaku pemilik restoran berkenaan telah pun memohon maaf kepada pelanggan yang terkesan dengan kejadian itu.


Terkini, pihak kontraktor restoran tersebut telah tampil memberi penjelasan mengenai kejadian restoran bocor itu.

CD Builders iaitu kontraktor yang membina Rembayung menerusi Threads menjelaskan bahawa ini adalah kali pertama berlaku hujan lebat dan angin kuat sepanjang restoran itu dibuka.

Kontraktor Rembayung

Artikel berkaitan: Ada Dakwaan Konon Ramai Batal ‘Booking’ Rembayung Sebab Khairul Aming Di Langkawi, Ini Respon Empunya Badan

Artikel berkaitan: “Saya buka kedai makan je bang” – Khairul Aming Bagi Respon Lepas Netizen Pertikai Susah Nak ‘Booking’

Menerusi penjelasan kontraktor tersebut, air yang bocor itu telah memasuki restoran bukan melalui cermin sebaliknya kebocoran itu berpunca daripada gutter atau talang air pada bumbung yang tiba-tiba melimpah disebabkan downpipe atau saluran air hujan yang tersumbat dengan daun-daun.

Menurut mereka, perkara itu adalah sesuatu yang tidak mereka jangkakan.

Namun, selaku kontraktor, mereka telah mengambil tanggungjawab penuh dan akan melakukan penambahbaikan agar kejadian seumpama ini tidak akan berlaku lagi.

Sumber: Threads cdbuilders

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.