Menepati jangkaan WHO, angka kematian akibat gempa bumi dahsyat yang melanda Turkiye dan Syria kini disahkan sekurang-kurangnya 21,051 orang.
Menurut Mediacorp.sg, angka korban di Turki telah meningkat kepada 17,674 dengan 72,879 orang dilaporkan cedera pada Khamis (9 Februari), manakala jumlah kematian di Syria pula mencatatkan 3,377 orang.
Pakar ramal akan ada lagi gempa bumi kuat di Turkiye?
Walau bagaimanapun, ahli seismologi Turkiye, Dogan Perincek mengingatkan rakyat di negara tersebut untuk sentiasa berwaspada selepas meramalkan akan ada satu lagi gempa bumi kuat mungkin berlaku tidak lama lagi.
Ia dijangka akan berlaku di kawasan pelabuhan Canakkale Turkiye di Laut Marmara susulan peningkatan aktiviti seismik di kawasan tersebut, lapor Berita Harian.

Sejak 10 hari lalu, saya merekodkan peningkatan aktiviti seismik di Canakkale dari arah Laut Marmara.
“Saya terbabit dalam pemantauan harian dan analisis aktiviti seismik di negara ini menggunakan peta khas selama lebih 10 tahun. Tiga tahun dari sekarang, saya meramalkan gempa bumi di Canakkale,” kata saintis tersebut.
Menurut anggaran pakar seismik tersebut, mungkin gempa berukuran antara tujuh skala Richter melanda sekali setiap 250 tahun dan gempa bumi terakhir di kawasan itu berlaku sekitar 287 tahun lalu.
“Masanya akan tiba, gegaran boleh bermula di sana pada bila-bila masa. Pemerhatian saya di Laut Marmara mengesahkan andaian ini,” kata pakar seismologi itu.
Harap-harap dengan ramalan ini penduduk di sana lebih bersedia jika berlaku lagi gempa bumi yang kuat.
Baca: “Bagaimana pula di hari Qiyamat” – Netizen Gerun Lihat Perubahan Wilayah Di Turkiye Lepas Gempa Bumi