Umum umat Islam mengetahui bahawa wajah Baginda Nabi Muhammad SAW tidak boleh dilukis atau dilakar, dan hukumnya adalah haram.
Namun tidak sekali dua kita pernah mendengar Baginda dijadikan subjek pelecehan oleh masyarakat luar negara terutamanya di blok Eropah, yang terkenal dengan sentimen anti Islamnya.
Di Denmark misalnya, kita pernah dikejutkan dengan kebiadapan sebuah akhbar negara itu Jyllands-Posten menerbitkan karikatur Nabi Muhammad pada 2005.
Kemudian insiden serangan berdarah di sebuah syarikat akhbar satira Charlie Hebdo di Paris, tercetus pada 2015 kerana menerbitkan kartun menghina Nabi Muhammad.
Terbaru, seorang ahli politik Belanda yang terkenal dengan kempen anti Islamnya dilapor ingin menghidupkan kembali pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad — selepas ia dibatalkan pada tahun lalu.
Malay Mail melaporkan, Geert Wilders yang juga memimpin parti pembangkang terbesar di Belanda turut mengalu-alukan penyertaan orang ramai yang mahu mengirim lakaran mereka kepadanya di laman Twitternya.
Menurutnya, kebebasan bersuara adalah mengatasi fatwa Islam.
Tahun lalu, rancangannya untuk melancarkan pertandingan ini menerima kecaman hebat dunia Islam — bahkan dia sendiri turut menerima ancaman bunuh.
Di Pakistan, satu bantahan besar-besaran tercetus sehingga negara itu menggesa dunia Islam lain bersatu untuk memutuskan pertalian mereka dengan Belanda — sekali gus memaksa Wilders membatalkan rancangannya.
Baca: Sinead O’Connor Akui Beliau Temui Sinar Islam Selepas Baca Surah Al-Baqarah