in

Ahli Geologi Beri Amaran Tanah Runtuh Seperti Batang Kali Boleh Berlaku Di Kundasang Jika…

tanah runtuh kundasang 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang ahli geologi, Felix Tongkul memberi amaran bahawa peningkatan projek berkaitan pelancongan di Kundasang boleh mengakibatkan kejadian tanah runtuh, seperti apa yang berlaku baru-baru ini di Batang Kali.

Tambahnya lagi, lereng bukit akan terjejas sekiranya projek-projek ini dilakukan dan struktur tanah akan menjadi lemah dan terdedah kepada tanah runtuh, khususnya di Kundasang.


Felix turut mengimbau kembali kejadian yang berlaku tahun lepas di mana sebahagian besar tempat letak kenderaan di luar Taman Kinabalu runtuh ke dalam gaung.

1264842 651363218222143 919813681 o

Menurutnya, Kundasang terletak kurang 100km dari Kota Kinabalu dan popular dalam kalangan pengunjung kerana iklimnya yang lebih sejuk.

Kundasang juga merupakan salah satu kawasan yang paling aktif secara geologi di Sabah. Jadi, sebarang pembangunan di kawasan ini terutamanya di lereng bukit yang curam adalah terdedah kepada kejadian tanah runtuh.

Mengimbau kejadian yang berlaku pada tahun 2011 tersebut, kejadian tanah runtuh telah memusnahkan sebuah pusat peranginan di lereng bukit dan mengakibatkan lebih 100 orang terpaksa berpindah dari rumah mereka.

217534 203892506310433 2915307 n

Susulan kejadian yang belaku Jumaat lepas di Batang Kali, pihak berkuasa perlu lebih berusaha untuk mengawal dan memantau perkembangan di kawasan Kundasang selain kawasan berisiko tinggi harus dikenal pasti dan mengehadkan pembangunan di kawasan bekenaan.

Dalam masa yang sama, pihak berkuasa digesa untuk memdidik masyarakat awam secara berterusan mengenai bahaya tanah runtuh.

Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Environmental Trust, Rahimatsah Amat mendedahkan terdapat kelemahan mengenai penguatkuasaan terhadap penggunaan tanah di Sabah.

Tambahnya lagi, tanah runtuh hanyalah salah satu daripada bencana yang dijangka berlaku di destinasi pelancongan Sabah termasuk tapak perkhemahan di lokasi popular seperti Kiulu, Kota Belud dan Bundu Tuhan.

Screenshot 6

Lembaga pelancongan negeri memburukkan lagi keadaan dengan menggalakkan penduduk luar bandar melibatkan diri dalam pelancongan berasaskan komuniti dan dengan menyokong binaan haram yang dibina di rizab sungai dan tanah rizab negeri.

Menurutnya, terdapat banyak bilangan pusat peranginan yang dikendalikan oleh kelaurga, khususnya di Kundasang, meningkat dengan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini, selepas kerajaan Sabah melancarkan pelancongan berasaskan komuniti untuk mengalakkan penduduk tempatan memanfaatkan industri tersebut.

Untuk rekod, seluruh daerah Kundasang terdadah kepada gegaran kecil dan pergerakan tanah dan kira-kira 70% daripada 50km persegi di sekitar bandar Kundasang dikategorikan sebagai kawasan berisiko tinggi.

Sumber :  FMT

Baca : Gempa Bumi Di Kundasang Awal Pagi Ini, Gegaran Turut Dirasai Hingga Ke Gunung Kinabalu!

Gempa Bumi Kundasang 2022

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: The Star

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.