Orang ramai masih lagi bersedih dan terkesan dengan pemergian Muhammad Adib. Masing-masing prihatin dan sama-sama berharap agar individu yang bersalah diheret ke muka pengadilan. Tapi, di sebalik kesedihan yang dirasai ramai rakyat Malaysia, ada pula pihak yang dikatakan tidak sensitif dan ambil kesempatan dengan kematian wira negara itu.
Semalam, viral satu tweet yang menaikkan kemarahan ramai netizen di Twitter. Katanya, individu yang update tweet tu dah mempergunakan kematian arwah Adib untuk meraih perhatian atau senang kata, dia nak dapat banyak retweet.
“Kita nikah di syurga ya sayang.”
Tweet tu menunjukkan satu hasil lukisan arwah Adib yang memakai uniform bomba di samping tunangnya yang berpakaian seperti seorang pengantin di hari pernikahan. Kononnya, menunjukkan kesedihan bahawa cinta mereka tidak kesampaian dek kerana Adib dijemput Ilahi sebelum majlis mereka berlangsung.
Apa yang buat ramai netizen bengang adalah kerana gambar tu menunjukkan seolah-olah tangan Adib berada atas paha tunangnya dan menyentuh tangan wanita itu sedangkan ianya bertentangan dengan ajaran Islam.
Seorang netizen berkata,
“Dia baru bertunang, apa pasal dalam gambar ni perlu bersentuhan tangan meskipun tak berkahwin lagi.”
Ramai juga yang berkata posting ni ibarat mencurah air ke luka dan tunang arwah akan lagi sedih kalau nampak, buatkan dia susah untuk move on.
“Tunang beliau masih dalam tempoh berduka. Usahlah dilaratkan lagi dengan elemen-elemen emosi dan sentimental yang tak perlu dan tak membantu.”
Kebanyakannya minta individu ni untuk delete tweet dia dan ada juga yang beritahu mereka dah report tweet tu sebab inappropriate. Apatah lagi, ianya akan beri kesan buruk kepada ahli keluarga arwah Adib dan tunangnya.
Pada admin, paling relevan sekali adalah komen bahawa kita sepatutnya lebih tumpukan dan fahami keremukan hati kedua ibu bapa arwah yang menjaganya dari kecil dan terpaksa terima hakikat anak mereka pergi terlebih dahulu di usia yang muda.
Betul juga.. Lebih baik kita prihatin dan fahami luka hati ibu bapa arwah…
Baca: “Menteri & Exco Perpecahan” – Netizen Bengang, Desak Waytha Moorthy Letak Jawatan Atas Kematian Adib