Korang ingat lagi admin Mydin pernah membuat lawak ‘Bang-lo’ ketika ‘berborak’ dengan admin pasar raya Lotus’s di X? Sekali lagi, admin Mydin membuat sesuatu yang kelakar sehinggakan ramai netizen terikut-ikut membuat benda yang sama.
Pada awalnya, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Dr Wan Azizah Wan Ismail telah memuat naik gambar di laman X miliknya pada 19 November lepas. Dalam gambar itu, beliau sedang menunjuk landmark pintu gerbang de Young Meseum yang terletak di San Francisco.
Ternampak tulisan di pintu gerbang de Young Museum di San Francisco..
"LIFT EVERY VOICE" pic.twitter.com/x0CnLpE1TX— Dr Wan Azizah Ismail (@drwanazizah) November 19, 2023
Admin Mydin mula edit jadi meme
Melihat posing Wan Azizah seperti itu, admin Mydin quote tweet tersebut dengan menyunting gambar Wan Azizah sama seperti gaya iklan legend, Apollo. Iklan Apollo ini selalu keluar di kaca televisyen sehingga ia sering menjadi bualan orang ramai.
Teringat Apollo. https://t.co/hjU5vn1Yfk pic.twitter.com/5AOqfRNwQ5
— MYDIN (@MydinMalaysia) November 21, 2023
Gambar tersebut mula menjadi tular dengan 1.2 juta tontonan oleh pengguna X. Rupa-rupanya admin Mydin mahu mempromosi jajan legend yang dijual di pasar raya mereka.
Artikel berkaitan: “Bang lo&” – Admin Lotus & Mydin Lawan Balas Tweet Pasal Harga Ayam Buat Netizen Terhibur
Artikel berkaitan: “Saya akan continue Menu Rahmah ini” – Bos MYDIN Sebak Mengenang Pemergian Salahuddin Ayub
Anak Wan Azizah tweet kompilasi meme
Tweet itu tidak berhenti di situ sahaja apabila ramai netizen turut menyunting gambar Wan Azizah menjadi meme gambar-gambar lain. Ia telah menarik perhatian salah seorang anak kepada Wan Azizah iaitu Nurul Ilham Anwar apabila dia membuat kompilasi gambar ibunya dijadikan meme oleh warganet.
My mom’s a meme now
My mom’s a meme now. @drwanazizah https://t.co/9Xoo8g8qsj pic.twitter.com/hQLvCHSrR8
— Nurul Ilham Anwar (@eelhumm) November 21, 2023
“POV ikut mak pergi kedai”
Di ruangan balas dan quote tweet, ramai netizen menyunting gambar Wan Azizah untuk dijadikan meme pelbagai situasi dan salah satunya yang paling relate dengan kehidupan kita adalah point of view ketika mengikut mak pergi ke kedai.
Menjengah di ruangan komen kesemua tweet ini, rata-rata netizen bergelak ketawa melihat gambar-gambar Wan Azizah yang dijadikan meme tersebut.
Kreatifnya netizen ni! Admin Mydin lah ni yang start dulu! hahhaha
Sumber: X