Juara dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik baru-baru ini mengkritik kualiti penjaga servis (service judge) di media sosial selepas mereka tersingkir di pusingan kedua di Terbuka Korea semalam.
Pemain yang kini berada di tangga ke-empat dunia itu tewas 21-19, 18-21, 19-21 kepada pemain Jepun, Keiichiro Matsui-Yoshinori Takeuchi di Stadium Jinnam di Yeosu.
Wooi Yik menerusi Instagram miliknya memprotes tindakan pengadil dan menyatakan service judge itu tidak menjalankan tugasnya dengan betul semasa perlawanan, dia turut tag Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam IG Story berkenaan.
“@bwf.official, sila periksa tahap dan kualiti ‘service judge’ anda. Adakah dia adil? Nampak terlalu jelas dia menentang Malaysia,” tulisnya.
Dalam perlawanan berkenaan, pasangan beregu Aaron-Wooi Yik beberapa kali melakukan bantahan kepada pengadil termasuklah selepas tamat permainan.
— Carmen Chee (@Carmen_chee) July 20, 2023
Peraturan badminton menyatakan kedua-dua kaki pemain yang memberikan servis mesti kekal di atas tanah sehingga terdapat sentuhan antara bulu tangkis dan raket.
Namun, tiada sebarang tindakan diambil oleh penjaga servis ketika pasangan regu Jepun berbuat demikian.
Pun begitu, Aaron-Wooi Yik selepas ini akan mengalihkan fokus mereka bagi menghadapi saingan Terbuka Jepun, minggu depan.
Baca: Lee Chong Wei & Lin Dan Tersenarai Dalam ‘Hall of Fame’ BWF, Taufik Hidayat Tak Puas Hati?