Tiada kata yang dapat membutirkan kesedihan yang dirasai oleh pelumba basikal trek negara, Mohamad Shah Firdaus Sahrom apabila dia terlibat dalam kemalangan di selekoh terakhir perlumbaan akibat dilanggar pelumba dari Jepun.
Insiden yang membabitkan Shah itu juga menyaksikan Jack Carlin dari Britain dan Shinji Nakano dari Jepun itu gagal menghabiskan perlumbaan, manakala Matthew Glaetzer dari Australia yang sepatutnya di tempat terakhir muncul sebagai pemenang pingat gangsa.
Artikel berkaitan: “Shah Firdaus akan teruskan legasi saya” – Azizulhasni Umum Bersara Dari Sukan Berbasikal Trek
Artikel berkaitan: “Satu simbol keberanian” – Parut Di Dada Azizulhasni Awang Tanda Beliau Tabah, Tidak Pernah Mengalah
Adik Shah Firdaus sebak
Kejadian yang menimpa pelumba negara itu telah membuatkan rata-rata rakyat Malaysia juga turut berduka, malah adik kepada Shah Firdaus iaitu Muhammad Ridwan Sahrom dilihat sebak dengan apa yang berlaku.
Menerusi perkongsian Fina Nasrom di X, Ridwan dilihat gagal menahan sebak melihat kemalangan melibatkan abangnya di kaca televisyen.
Pelumba berbasikal negara, Muhammad Ridwan Sahrom adik kepada Shah Firdaus, gagal menahan sebak melihat pengakhiran kurang sempurna abangnya di pentas Olimpik kali ini.
‘Saya tahu apa yang dia mahukan di Paris, sayangnya ia tidak berlaku …’@ASTROARENA pic.twitter.com/wKIeeWDW7U
— FinaNasrom (@fnasrom) August 11, 2024
“Jangan serang negara lain”
Dalam perkongsiannya di TikTok, Ridwan menggesa netizen yang terkesan dengan kejadian yang menimpa abangnya itu untuk berhenti menyerang media sosial pelumba Jepun, Shinji Nakano atas apa yang berlaku.
Menurut Ridwan, dalam perlumbaan keirin, segalanya boleh berlaku dan kita tidak boleh menyalahkan atau menghakimi apa yang berlaku.
Kepada semua peminat sukan Malaysia, tolong jangan serang negara lain berkaitan kemalangan dalam final keirin Sukan Olimpik melibatkan Shah dan pelumba Jepun.
“Dalam perlumbaan keirin, segalanya boleh berlaku, kita tidak boleh menyalahkan atau menghakimi apa yang berlaku, sama ada ia satu kemalangan atau tidak.
“Tolong kekal tenang dan tidak menyerang/komen yang buruk di media sosial pelumba Jepun itu,” katanya.
Hasil tinjauan admin ke laman sosial Shinji Nakano mendapati terdapat ratusan komen kecaman dari netizen Malaysia yang mana rata-rata mengkritik tindakan pelumba berusia 25 tahun itu yang melanggar Shah Firdaus.
Sementara itu, acara keirin ini menyaksikan pingat emas menjadi milik pelumba Belanda, Harrie Lavereysen dan Matthew Richardson dari Australia pula membawa pulang pingat perak.
Come back stronger Shah! LA2028 menanti!
Sumber: X, Stadium Astro, TikTok