Bagi mereka yang tinggal di Malaysia, pasti dah sedia maklum dengan kepentingan aplikasi MySejahtera. Selain berfungsi menjadi tempat mendaftar vaksin dan memeriksa kawasan hotspot COVID-19, aplikasi ini juga amat penting kerana majoriti premis di negara ini memerlukan anda check in menggunakan apps ni. Ada kedai yang masih guna buku tapi kebanyakannya kalau takde MySejahtera memang tak boleh masuk terus.
Semenjak awal pagi tadi, kecoh di media sosial tempatan mengenai masalah teknikal yang dialami aplikasi MySejahtera yang memberikan status Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) serta Individu Dalam Pemantauan (PUS) yang salah.
Ada di antara pengguna media sosial mendakwa mereka menghadapi pelbagai masalah disebabkan masalah teknikal ini, sampai ada yang terlepas flight!
Respon MySejahtera
Dalam pada itu, menerusi akaun Twitter rasminya, aplikasi MySejahtera hari ini berkata, pihak mereka sudah menyelesaikan masalah yang menjadi punca perkara itu berlaku.
Good morning everyone – we apologise for the error on our part which allowed random users' to be given HSOs/PUS status. We have fixed the root cause which allowed this to happen. All incorrect HSOs have been deleted, and incorrect PUS status reverted.
— MySejahtera (@my_sejahtera) November 7, 2021
“Selamat pagi semua. Kami meminta maaf di atas kesulitan yang berlaku apabila pengguna aplikasi secara rambang diberi status HSO dan PUS.
“Kami telah membetulkan punca yang menyebabkan perkara ini berlaku. Semua HSO yang salah telah dipadamkan, dan status PUS yang salah ditarik balik,” tulis MySejahtera.
Sumber: Twitter @my_sejahtera, Berita Harian