in

“Ada yang murah, hanya RM1,200 je” – Usahawan Nafi Pakai Semua Tudung Harga Cecah Ratusan Ribu

Tudung Bawal 1200 Murah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila sebut fasal tudung bawal harga cecah ribuan ringgit ini, pasti korang tahu tentang jenama Bawal Exclusive kan?

Baru-baru ini, pengasasnya, Haliza Maysuri ada memuat naik video di TikTok mempamerkan dirinya memakai tudung ‘murah’ berharga RM1,200.


Menerusi video berdurasi 42 saat itu, dia menafikan dakwaan orang ramai yang mengatakan semua tudung yang digayakan mencecah harga ratusan ribu ringgit.

Artikel berkaitan: “Kristal dari Austria” – Busana RM 250K ‘Founder’ Jenama Tudung Buat Netizen Terkedu

“Viral dekat TikTok, tudung harga ratus-ratus ribu. Sebenarnya ada sahaja tudung saya yang murah, bukan semua tudung saya mahal.

“Contoh yang saya pakai ini tudungnya harga RM1,200 sahaja, tetap cantik, anggun menawan. Bukan semua mahal, saya ada juga pakai tudung yang murah, katanya.

@halizamaysuri

@ASGALLERIA

♬ original sound – Haliza Maysuri – Haliza Maysuri

Bagaimanapun, perkongsian usahawan itu disindir netizen di ruangan komen kerana menyifatkan kenyataan itu bersifat riak.

Screenshot 2024 01 04 160258 Screenshot 2024 01 04 160308 Screenshot 2024 01 04 160351

“Yang kecam itu bukan pelanggan saya”

Namun, usahawan yang sudah berniaga selama 25 tahun itu menganggap netizen yang mengecam itu bukan pelanggan sasarannya.

“Bagi saya, mereka yang kecam itu bukan pelanggan sasaran saya, jadi anggap saja mereka tak tahu. Sebab pelanggan setia dan tetap memang sudah tahu harga tudung saya.

“Kalau hendak dibandingkan harga ratusan ribu, memanglah yang harga ribuan ringgit murah bagi saya. Malah, ada yang lebih murah harga ratusan ringgit juga. Jadi, salahkah saya bercakap sedemikian?” katanya kepada Harian Metro.

Katanya lagi, dia bercakap perkara yang betul dan sudah lali dengan pelbagai kecaman dan kritikan terutama di media sosial.

Sumber: TikTok, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.