in

“Ada yang menangis di luar stadium” – Peminat Luah Rasa Hampa Dengan Konsert G-Dragon Di KL?

syaz ft 2025 07 21T123030.272

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Konsert penyanyi K-Pop terkenal, G-Dragon di Kuala Lumpur baru-baru ini telah menimbulkan kekecewaan di kalangan peminat Malaysia.

Ramai peminat yang menyalahkan pengurusan acara yang lemah untuk isu tersebut, ramai mendakwa tiket dibeli dengan cepat oleh peminat luar negara terutamanya dari negara China. Disebabkan itu, ramai peminat di Malaysia tidak berpeluang membeli tiket penyanyi sensasi Korea itu.


Artikel berkaitan: Individu Ini Kongsi Kisah Lucu, Nak Beli Tiket Ke Konsert G-Dragon Tapi Tersilap Beli Tiket Kenny G Pula

Artikel berkaitan: CEO Astronomer Serah Surat Letak Jawatan Susulan Skandal Di Konsert Coldplay

Perkara itu membuatkan ramai peminat G-Dragon terpaksa mendengar dari luar stadium Axiata Arena sahaja, ada juga yang berkongsi terdapat scalper yang menjual tiket di luar stadium dengan harga yang jauh lebih mahal.

Difahamkan, wakil daripada pihak G-Dragon turun padang dan mendengar keluhan peminat, pihaknya meminta nota bertulis untuk diberikan kepada pihak Übermensch .

Setakat artikel ini ditulis masih belum ada kenyataan daripada pihak penganjur iaitu Star Planet Malaysia susulan dakwaan tersebut.

Sumber: Instagram, X (1)(2)

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.