Anda pasti pernah menonton movie Mission Impossible yang dilakokan oleh Tom Cruise yang penuh aksi merbahaya. Sama jugalah bila kita lihat abang bomba melakukan aksi seperti abseiling, pasti ramai yang teruja dengan keberanian mereka.
Tetapi, kali ini, bukan bomba yang lakukan aksi abseiling, tetapi monyet!
Menerusi sebuah video tular, seorang pelajar UKM merakamkan aksi seekor monyet melakukan aksi abseiling selepas mengeledah biliknya. Video berkenaan menjadi viral di Tiktok akaun @Camieyyyy.
Artikel berkaitan: “Mana nak dapat satu”- Manja Betul Dengan Tuan, Netizen Teruja Lihat Monyet Bergurau
Artikel berkaitan: “Dia lapar tu bang, beras mahal sekarang,” – Gelagat Monyet Makan Tepung Gandum Cuit Hati Netizen
Bagaimanapun, itu bukanlah satu kejadian yang pelik untuk pelajar UKM. Malah, ia dikatakan sudah biasa terjadi kerana terlalu banyak monyet berada dikawasan itu.
Namun, disebabkan monyet tersebut telah menggeledah biliknya, pelajar itu terpaksa kemas semula!
Memang bikin panas je, buat sepah lepas itu lari.