in

“Ada taugeh bergerak” – Wanita Kembang Tekak Jumpa Ulat Dalam Kuah Laksa

Kuah laksa berulat viral kajang

Pernah tak korang terjumpa ‘benda-benda’ asing dalam makanan korang? Euww~ 

Walaupun bukan selalu, min pasti pernah sekali seumur hidup ni korang akan berdepan situasi yang mana korang terjumpa bendasing dalam makanan macam contoh dawai kokot, rambut dan lain-lain.

Begitulah kisah yang ‘kurang enak’ berlaku kepada seorang wanita yang menemukan seekor ulat hidup dalam kuah laksa yang dibeli dari sebuah ‘outlet’ laksa yang terkenal di Kajang, Selangor.

Menerusi perkongsian pengadu di TikTok, dia yang dikenali sebagai Lya Dhanea tersebut sedang menikmati makanan kegemarannya itu sebelum mendapati haiwan tersebut ‘berenang’ dalam kuah laksa berkenaan.

cats 14

Menurut perkongsian di mStar, kejadian difahamkan berlaku minggu lalu (7 Julai) dan makanan tersebut telah dipesan melalui salah sebuah aplikasi sekitar jam 5 petang.

Namun, ketika ingin menikmati makanan tersebut selepas Maghrib, dia menyedari ada seekor ulat yang sedang bergerak di dalam kuah laksa yang dipesannya itu. Menurutnya, ulat tersebut berkemungkinan datang dari sayuran yang digunakan kerana ia masih hidup dan bergerak.

@lyadhaneaDulu D’laksa ni quality tiptop, now hancurrr ❎ used to be my fav but no more..tu taugeh ke apoo?♬ Kecewa Dalam Setia – Vita Alvia

Tanpa berfikir panjang, dia yang loya dengan kejadian tersebut terus membuang laksa itu serta satu lagi hidangan lain yang turut dibeli dari kedai yang sama.

Menurut Dhanea, dia turut membuat aduan kepada pihak berkenaan mengenai kejadian tersebut namun tidak menerima sebarang respon daripada kedai makan yang popular dengan hidangan laksa tersebut.

Komen tiktok dlaksa

Tambahnya lagi, tujuan beliau membuat aduan adalah bagi mendapatkan penjelasan lanjut selain meminta pihak pengurusan melakukan siasatan keatas kedai yang dimaksudkan selain ingin mereka meningkatkan kualiti serta kebersihan.

Selain itu, menurut pengadu, dia berkongsi video berkenaan untuk tujuan kesedaran kepada orang ramai kerana ianya melibatkan kesihatan dan makanan.

Dalam masa yang sama, ada juga beberapa individu yang lain di ruangan komen turut berkongsi pengalaman yang sama dan kurang baik berkenaan kedai yang sama.

Baca : Wanita Goreng Haiwan Peliharaan Suami Gara-gara Pasangan Lebih Utamakan Ikan Hiasan

f3 melt ikan

Sumber: TikTok
Sumber: TikTok