in

“Ada orang tabur garam, kulit limau” Ali Puteh Dakwa Ada Cubaan ‘Pagar Rumah’ Arwah Abam

Ali Puteh

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nampaknya, cerita-cerita berkaitan balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah dan juga Ali Puteh masih belum menemui titik noktah.

Baru-baru ini, Siti Norhidayah atau turut dikenali sebagai Hidayah telah berkunjung ke rumah arwah suaminya selepas 3 tahun pemergian Abam Bocey.


Namun, menurut Hidayah, rumah tersebut ditinggalkan dalam keadaan yang sangat teruk dan dipenuhi semak samun.

Setelah memberi salam beberapa kali dan menunggu selama 1 jam, tidak ada sesiapapun yang membuka pintu untuknya walaupun ada kasut di perkarangan rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @abam_bocik

“Abang, sayang datang rumah kita tapi, korang nilaikan sendiri.”

“Korang boleh tengok sendiri rumah kami jadi apa. Sedih sangat-sangat. Dayah datang bersama peguam. Satu jam Dayah tunggu tiada siapa yang buka pintu rumah. Padahal ada kereta, motosikal arwah dan kasut.”

“Sedih sangat-sangat datang dengan perasaan hampa. Datang rumah sendiri tapi tak dibagi masuk,” 

Menurut Hidayah lagi satu hantaran video yang sama Instagram, dia meminta agar pihak yang berkaitan menyegerakan bayaran RM60,000 itu seperti diputuskan mahkamah pada 28 Disember tahun lalu berhubung keputusan rayuan kes saman fitnah.

Namun, selepas perkongsian video tersebut, Ali Puteh pula telah memuat naik satu video balas. Katanya, selepas arwah ibunya meninggal dunia, tidak ada sesiapa tinggal di rumah tersebut.

Lebih mengejutkan, Ali juga menjumpai ‘benda-benda pelik’ seperti taburan garam, kulit limau dan bangkai haiwan di luar rumah.

Ali Puteh

“Saya bukan nak menyebarkan aib orang, tak baik. Ini rumah arwah Abam. Saya tidak tinggal di sini selepas ibu saya meninggal dunia. Apa saya dapat tahu dari abang ipar dan adik, pagi tadi balu dan peguam datang ke sini. Abang ipar saya nampak dan bagitahu saya tetapi tak tahu apa motif.

“Apa saya nampak adalah taburan garam kasar, daun bidara, kulit limau. Allah tak pernah ajar benda-benda macam ini. Tabur keliling rumah arwah. Saya tak takut benda ini. Kalau kata saya mati sebab ini, saya reda. Apa ini? Islam tak pernah ajar!

“Paling terperanjat adalah jumpa bangkai mengkarung. Apa motif awak? Awak tahu rumah ini adik saya yang jagakan. Dia ada anak kecil. Saya bukan nak buat video fitnah. Saya tutup mulut dan jaga aib selama tiga tahun. Apa awak cuba buat dengan ilmu-ilmu khurafat? Sedih saya,”

Walau bagaimanapun, video tersebut telah dipadam selepas beberapa minit ia dimuat naik.

Namun, netizen yang sempat menonton video tersebut telah meninggalkan komen-komen berbaur sindiran di laman Instagram pelawak tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syed Ali (@aliputeh_official)

Rentetan peristiwa ini, Ali Puteh juga ada menjelaskan rasa kecewa kerana penemuannya dijadikan bahan jenaka netizan.

“Ada yang ejek ini sebagai jenaka, ada yang komen ini rekaan. Siap tulis jangan lupa tambah garam dalam masakan.”

“Tidak kena pada anda semua, kalau kena pada yang komen tahulah semua. Baru tahu apa yang kami sekeluarga rasa.” 

Hmm, kalau bergaduh macam ni sampai bila pun tak habis kan? Kami berharap agar balu Abam Bocey dan Ali Puteh akan berdamai supaya semua masalah ini akan cepat selesai.

Baca: Rumah macam hutan – Isteri Arwah Abam Terkilan Tak Dibenarkan Masuk Rumah Sendiri

Siti Norhidayah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.