Baru-baru ini, Tourism Malaysia telah melancarkan logo dan maskot baru bagi Tahun Melawat Malaysia 2026.
Kedua-dua logo dan maskot telah menerima komen positif netizen, yang mana ramai juga memuji maskot beruang matahari yang diberi nama Wira (jantan) dan Manja (betina) dikatakan sangat comel dan menawan hati ramai.
Introducing the 𝐕𝐢𝐬𝐢𝐭 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔 𝐥𝐨𝐠𝐨 featuring the 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐚𝐧 𝐒𝐮𝐧 𝐁𝐞𝐚𝐫𝐬 – 𝐖𝐢𝐫𝐚 & 𝐌𝐚𝐧𝐣𝐚 as mascots!
Showcasing our nation’s vibrant multicultural harmony and awe-inspiring beauty, the logo embodies Malaysia’s surreal experiences.… pic.twitter.com/dM3muLgbWe
— Malaysia Truly Asia (@TourismMalaysia) January 7, 2025
Artikel berkaitan: “Jangan main bapak aku” – Kieda Crepe Bengang Netizen Kaitkan Nama Bapak Dalam Isu Logo
“Harap ini bukan AI” – Netizen
Namun ada segelintir netizen laman sosial X telah menimbulkan keraguan ramai apabila mengatakan maskot berkenaan dilihat seperti dibuat menggunakan kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI).
Malah ada yang siap menunjukkan kononnya ‘bukti’ mengatakan beruang matahari tersebut telah dibuat menggunakan AI.
Walau bagaimanapun, posting ini telah mendapat perhatian anak kepada artist berkenaan, @Muhdhelmiyani yang menegaskan bahawa maskot tersebut adalah hasil lukisan ayahnya sendiri dan tidak dijana menggunakan AI.
Individu ini juga telah menunjukkan beberapa contoh lukisan daripada ayahnya berkenaan maskot tersebut.
Meskipun sedih dengan pelbagai kritikan daripada netizen, lelaki ini mendedahkan bapanya terharu dengan kata-kata sokongan yang diterima.
Apa-apapun bagi admin sebaiknya kita janganlah menuduh tanpa usul periksa berkaitan isu ini. Kesian titik peluh artist melukis siang malam tapi dituduh lukis guna AI pulak.
Sumber: X