in

“Ada mix ke ni?”- Anjing Comel Ini Buat Ramai Keliru Sebab Miliki Wajah Mirip Kucing

f4 melt anjing kucing

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara baka kucing yang tercomel di dunia ialah kucing British Shorthair, kucing Parsi, Scottish Fold dan kucing Ragdoll. Namun, tak bermakna spesies yang lain tak comel tau.

Ada seekor anjing di Vietnam ini pula telah mencuri perhatian pengguna internet baru-baru ini kerana memiliki wajah dan saiz badan yang mirip dengan kucing.


melt 16

Menurut New York Post, anjing yang diberi nama Dúi oleh tuannya itu telah menjadi tumpuan kerana ramai yang tertanya-tanya adakah ia seekor kucing atau anjing apabila melihat gambarnya di media sosial.

Ada juga confused adakah haiwan peliharaan itu memiliki darah atau baka campuran kucing dan anjing.

melt 15

Namun, ia sebenarnya seekor anjing yang dipercayai merupakan campuran baka anjing hmong (baka Vietnam) dan anjing yang berkaki pendek.

Bila dicampurkan kedua-dua baka berkenaan, keluarlah seekor anjing comel yang mirip kucing kerana memiliki bulu yang halus berwarna kelabu.

melt 14

Apa yang menarik perhatian ramai lagi ialah gelagat anjing ini yang sentiasa lincah dan comel.

Pemilik anjing tersebut juga mengatakan kepada The Mirror bahawa dia sangat beruntung memiliki anjing seperti Dúi  kerana wajahnya macam kucing Inggeris dan ia juga sangat pintar.

Memang comel gila anjing ni. Sekali tengok memang ingatkan kucing British Shorthair atau Scottish Fold. 

Sumber: New York Post

Baca: Wanita Goreng Haiwan Peliharaan Suami Gara-gara Pasangan Lebih Utamakan Ikan Hiasan 

melt 13

Sumber: Liputan6
Sumber: Liputan6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.