
Dah berapa hari dah Raja Permaisuri Agong kesayangan rakyat kita, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tutup akaun laman Twitternya, @cheminahsayang.
Mesti korang rindu sebab tak dapat nak baca apa-apa perkongsian harian daripada Tunku Azizah kan?
Janganlah bersedih, sebab seorang pengguna Twitter @madihahrosdi ada memuatnaik dua rakaman video yang agak mencuit hati daripada permaisuri kita ni.
“Nak makan situ…”
“Janji tau? Ambik nombor telefon dia…”
Beruntung pemilik kedai dapat terima kehadiran Tunku Azizah yang tak disangka-sangka. Dah la sudi menjamu selera di kedai tersebut, siap nak mintak resepi lagi. Alahaiii, memang ibu-ibu sangat!
Perkongsian yang dimuatnaik itu turut mendapat hampir 5.9k retweet setakat pagi ini, dan rata-rata netizen yang menonton rakaman tersebut nyata teruja dan gembira melihat aksi bersahaja Raja Permaisuri Agong.
Haihhh, dah terubat ke rindu korang tu?