Filem Blood Brothers yang ditayangkan di Netflix baru-baru ini mendapat sambutan yang cukup hangat di kalangan penonton. Bukan itu sahaja, filem ini mula mencuri perhatian netizen apabila versi yang ditayangkan di Netflix itu rupanya mengandungi skrip yang tidak disunting.
Dialog yang diucapkan oleh watak utama filem ini, Sharnaaz Ahmad adalah dialog yang terpaksa di dubbing untuk mendapat pelepasan pawagam kerana ada maksud double meaning di dalam dialog tersebut.
Artikel berkaitan: Apa yang hangpa buat 100% salah, tapi…” – Sharnaaz Ahmad Tampil Beri Sokongan Buat 3 Penyampai Radio Era
Untuk versi pawagam, dialog yang diucapkan oleh Ghaz adalah “Jambang dari syurga”.
Manakala untuk versi Netflix, dialog asal yang disebut oleh watak utama itu adalah “Tujuh inci lembut”. Perkara ini kemudian disedari oleh penonton yang menyaksikan kedua-dua versi filem tersebut.
Menjengah ke ruang komen, ramai netizen memberikan pendapat mereka tentang perubahan dialog di dalam filem ini.
Walaupun dialog itu ditukar kepada versi yang berbeza, namun isinya dikatakan lebih sesuai dengan perwatakkan Ghaz di dalam filem tersebut.
Korang dah tengok ke dua-dua versi filem ni?
Sumber: Threads