in

Ada Majikan Di Singapura Tawar Gaji Hingga RM11,000 Untuk Kerja Pencuci Pinggan, Biar Betul?

cuci pinggan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau ditanya pekerjaan apa yang gajinya mencecah RM10,000, mesti ramai yang cakap pekerjaan berprofil tinggi seperti doktor dan sebagainya. Tapi, korang nak tahu tak, kalau bekerja sebagai pencuci pinggan pun boleh dapat gaji lebih RM10k tau!

18 PSM AtasBawah e1653714672705
Gambar hiasan

Sebuah restoran makanan Jepun di Singapura difahamkan terdesak bagi mencari individu untuk bekerja sebagai pekerja pencuci pinggan sehingga mereka menawarkan gaji mencecah RM11,234.


Portal The Star melaporkan, pemilik bersama Ishinomaki Grill & Sake, Chen Weixin berkata, dia sendiri terpaksa mencuci pinggan di restoran berkenaan gara-gara kekurangan pekerja untuk memenuhi jawatan pencuci pinggan.

Tambahnya lagi, pekerja sedia ada di restorannya pula tidak mahu mencuci pinggan meskipun diberikan upah tambahan RM160 sehari.

eyJidWNrZXQiOiJjb250ZW50Lmhzd3N0YXRpYy5jb20iLCJrZXkiOiJnaWZcL3dhc2gtZGlzaGVzLXJlc3RhdXJhbnQuanBnIiwiZWRpdHMiOnsicmVzaXplIjp7IndpZHRoIjoiMTIwMCJ9fX0 e1653714823732
Gambar hiasan

“Mungkin sebab ramai orang anggap kerja mencuci pinggan ni pekerja standard rendah dan ramai tak sanggup nak buat walaupun ditawarkan wang,” katanya.

Jelas Chen Weixin lagi, iklan kekosongan jawatan pencuci pinggan di restorannya sudah sebulan tidak menerima walau seorang pun calon yang berminat.

Difahamkan, apabila Chen Weixin menaikkan gaji yang ditawarkan sehingga RM11,234 sebulan barulah ada calon yang berminat. Pun begitu, calon terbabit bukanlah warga Singapura tetapi warga Malaysia.

Sumber: The Star

Baca: Dari Seorang Pencuci Pinggan Bergaji RM15 Sehari, Kini Atlet Para Kebanggaan Malaysia

ridzuan para e1653711682234

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.