in

“Ada kaitan dengan peristiwa silam” – Peserta CSOIAM, Marygrace Terkenang Insiden Bapa Dib*nuh Depan Mata

ft emosi

Mempunyai trauma seawal umur 9 tahun telah memberikan kesan mendalam buat salah seorang peserta berumur 24 tahun bagi program realiti, Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), Marygrace ini. Katanya, insiden tersebut masa segar dalam ingatannya.

Tambahnya, ia sekaligus memberikan kesan terhadap emosinya saat menyampaikan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian asal Ella malam tadi. Menurut peserta dari Keningau, Sabah itu lagi, perkara itu terjadi selepas dia mendalami makna tersirat di sebalik lagu tersebut.

Artikel berkaitan : Shila Amzah Kongsi Alami Trauma Dengan Pulau Pinang, Namun Ubai Berjaya Mengubah Segalanya

Artikel berkaitan : Pesakit Trauma Doktor Didakwa Terpotong Pundi Kencing Sepanjang 7CM Ketika Pembedahan ‘Czer’

“Pada awal, saya langsung tidak faham mengenai lagu dendangan asal Ella yang diberi ini. Susunan lagu juga baru, jadi saya perlu kejar untuk sesuaikan dengan tempo.”

“Tapi, dengan bantuan, saya akhirnya dapat faham lagu ini. Saya sangat sensitif dengan perkara yang membabitkan soal peribadi. Lagu ini ada kaitan dengan peristiwa silam di mana bapa saya dibunuh oleh temannya sendiri.

Screenshot 2024 12 30 162605

“Jadi, saya terfikir semula peristiwa lalu semasa menyanyikan lagu ini sehingga terbawa emosi kepada penonton dan juri.”

Mengimbau kenangan tersebut, Marygrace mengatakan bahawa dia dan anggota kelaurga lain yang menjadi saksi kejaidan itu.

“Kejadian berlaku di depan rumah keluarga di Keningau. Ia berlaku depan mata saya, adik dan nenek. Kami menjadi saksi segala-galanya.”

“Perkara ini tak mungkin boleh lupakan, ia masih segar dalam ingatan. Kejadian ini berlaku ketika saya berusia sembilan tahun.”

Screenshot 2024 12 30 162623

“Tapi, saya merasakan ia baru macam kelmarin berlaku. Saya jadi trauma dengan insiden ini, tapi saya tidak suka jual cerita ini untuk dikenali atau mendapatkan perhatian.”

Katanya, bagi mengubat luka di hatinya, dia memilih menyanyi dan ia juga perkara yang diajar oleh mendiang bapanya semasa dia kecil.

Sumber : Berita Harian