in

“Ada juga macam ni” – Ustaz Ambil Kiriman Doa Di Mekah, Dakwa Percuma Tapi Letak Kod QR Untuk Pembayaran?

Syaz Ft 2024 10 21T172556.857

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak dapat dinafikan, zaman media sosial ini sesiapa sahaja boleh membuat pelbagai jenis content, malah ada juga yang menggunakan platform media sosial sebagai salah satu cara untuk mendapatkan wang.

Pun begitu, ada juga individu yang menyalahgunakan platform media sosial dan mengambil kesempatan terhadap orang lain.


Artikel berkaitan: Surat Edaran Tular, Tauliah Mengajar Ustaz Don Sah Ditarik MAIS

Artikel berkaitan: “Saya tetap akan mengajar Al Quran” – Akui Tiada Tauliah, Ustaz Tido Kini Tukar Nama Ke ‘Bro Tido’

Baru-baru ini, tular di X apabila ada seorang individu bergelar ‘ustaz’ didakwa membuat sesi live di TikTok ketika berada di hadapan Kaabah lalu menawarkan untuk sesiapa mengirim doa secara percuma.

2 8

Namun, perkara itu bertambah pelik apabila individu berkenaan meminta orang ramai yang ingin doanya dibacakan di hadapan Kaabah untuk menekan pautan yang tertera di TikTok miliknya.

Apabila pautan itu ditekan, orang ramai boleh mengisi butiran serta doa yang ingin dibacakan di tanah suci itu namun butiran itu hanya boleh dihantar selepas mengisi jumlah yang dibayar melalui kod QR yang tertera.

Cats 18

Sebelum ini, terdapat satu servis yang hampir sama dengan nama Valet Doa pernah tular namun telah diharamkan.

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.