in

“Ada interaction walaupun duduk rumah saja?” – Doktor Perjelas Fungsi Sebenar MySJ Trace

page sj

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa aplikasi MySejahtera kini telah dinaik taraf dengan fungsi ciri terbaru iaitu MySJ Trace yang dapat mengesan kontak rapat dengan lebih sistematik.

Namun, terdapat beberapa pengguna media sosial menyatakan kekeliruan mereka terhadap ciri terbaru itu kerana masih belum jelas dengan fungsi sebenar MySJ Trace yang diperkenalkan itu.


Kekeliruan pengguna Twitter itu telah menarik perhatian Dr. Mahesh Appannan selaku Ketua Data Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) dengan quote tweet tersebut dan menjelaskan satu per satu soalan yang sering diberikan oleh netizen.

Seperti yang dinyatakan dalam tweet milik Dr. Mahesh, terdapat tiga soalan yang sering ditanya oleh netizen terntang MySJ Trace dan beliau memberikan penjelasan jelas di bahagian thread tweet yang sama.

1) Mengapa ada “interaction” walaupun saya duduk di rumah sahaja?

Sebelum itu, pengguna Twitter memberitahu bahawa MySJ Tracenya dapat mengesan lapan interaksi walaupun dirinya hanya berada di rumah dan ibu bapanya masih belum menggunakan MySJ Trace.

Menjawab persoalan itu, Dr. Mahesh menjelaskan bahawa signal bluetooth boleh dikesan sejauh hingga 10 meter dari kawasan kita. Jadi, ianya bukan terus meletakkan diri kita sebagai kontak rapat.

twt 1

2) Adakah MySJ Trace mendedahkan data saya apabila ada “interaction”?

Menjawab soalan kedua, MySJ Trace tidak akan mendedahkan data peribadi pengguna kepada umum sekiranya terdapat interaksi. Segala data akan disimpan sendiri di telefon bimbit masing-masing.

Sekiranya seseorang itu tidak dijangkiti Covid-19, datanya tidak akan dimuatnaik dan dipadamkan lepas 14 hari dalam rekod MySejahtera manakala jika seseorang itu dijangkiti Covid-19 data “interaction” yang disimpan di telefon juga tidak akan dimuatnaik.

3) Mengapa masih perlu check-in dengan scan QR?

“Sistem MySJ Trace mementingkan aspek keperibadian maklumat ia tidak memerlukan apa-apa usaha pengguna kecuali aktifkan MySJ Trace” – Dr. Mahesh

Oleh itu, pihak KKM juga sangat memerlukan data untuk melakukan pengesanan kontak rapat dengan pantas dan efektif terutamanya jika melibatkan pesakit yang berpotensi menyebabkan kluster besar.

twt 3

Tambah beliau lagi, pihak KKM sangat mensyorkan netizen untuk menggunakan MySJ Trace lebih-lebih lagi dengan kehadiran varian baru seperti Omicron yang dilihatkan semakin mengganas di negara kita.

Haa, baru jelas function sebenar MySJ Trace ni. Jenuh min nak explain kat ibu ayah macam mana nak guna sebelum ni… Sekarang dah faham dah…

Baca: MySejahtera Kini Boleh Kesan Kontak Rapat Covid-19 Dengan Update Terkini – KJ

untitled 2

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.