in

Ada Huruf K & H, Ini Perbezaan Kad Pengenalan Orang Sabah & Sarawak Dari Semenanjung

Kad Pengenalan Sabah Dan Sarawak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika dilihat pada MyKad masing-masing, antara indikasi yang menandakan korang berasal daripada satu-satu negeri adalah nombor yang berada di tengah-tengah nombor kad pengenalan korang.

Kalau korang berasal dari Kuala Lumpur, kod tempat kelahiran ialah 14, 54, 55, 56 dan 57, manakala kalau korang berasal dari Pulau Pinang, kodnya pula 07, 34 dan 35.


109826122 2945250835596757 7313373493597187294 N

Walau bagaimanapun, tahukah korang kalau seseorang itu berasal dari Sabah dan Sarawak, kad pengenalannya sedikit berbeza dari orang Semenanjung kerana mereka mempunyai satu huruf khas di hujung kad?

K untuk Sarawak dan H untuk Sabah

Perkongsian seorang pengguna Twitter @/yarafee_ baru-baru ini telah menarik perhatian ramai apabila dia memberitahu terdapat huruf kecil ‘K’ di belah kanan IC orang Sarawak dan huruf ‘H’ untuk IC orang Sabah.

Huruf-huruf ini adalah satu hak keistimewaan yang menunjukkan pemegang kad pengenalan ini merupakan anak jati Sabah dan Sarawak.

Malah status kerakyatan sebenar bagi negeri-negeri ini juga bukan ditentukan pada kod negeri (kod di tengah nombor kad pengenalam) tetapi kehadiran huruf tersebut pada MyKad yang ibarat pasport untuk mendapatkan keistimewaan terutamanya dalam urusan imigresen.

Fb Img 1537077058103

Ic 1

Katanya lagi, jika orang Semenanjung ingin memasuki dua negeri ini, mereka juga perlu ada pasport atau pas lawatan sosial selama 90 hari.

Menurut sumber, huruf K dan H itu juga diambil daripada huruf terakhir nama kedua-dua negeri tersebut:

Sabah =

Sarawak =

Huruf-huruf ini juga sebenarnya menandakan Sarawak dan Sabah masing-masing merupakan wilayah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) point 18/20.

Tak semua boleh dapat tanda K pada kad pengenalan 

Tweet berkenaan juga ada menjelaskan tidak semua yang lahir di Sarawak boleh mendapat kad pengenalan dengan tanda K tersebut.

Menurut ILoveBorneo, untuk mendapatkan tanda K, ibu bapa pemilik MyKad atau salah seorang daripada ibu bapa mestilah anak jati Sarawak.

So ada yang nak kahwin dengan orang Sabah dan Sarawak? Nanti dapat anak, kad pengenalan dorang mesti ada huruf H dan K tu. 

Baca: Database MySPR Didakwa Bocor, Gambar Selfie & MyKad 800,000 Rakyat Malaysia Dijual Hacker!

Ic

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.