in

“Ada duit baru ke?” – Wanita Terkejut Dapat Duit Salam Kaut Dilukis Tangan

duit salam kaut lukis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai tahu duit salam kaut adalah satu pemberian ikhlas berbentuk wang dari tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan kepada tuan rumah. Budaya ini sudah lama menjadi tradisi dalam setiap majlis masyarakat Melayu di sini.

Namun, ada segelintir yang merasakan adat duit salam kaut ini sebagai satu beban sehingga ada yang memberi sampul kosong atau memberi alasan tidak dapat menghadiri kenduri tersebut.


Seperti yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @jihaaaa98, dia terkejut apabila menerima dua keping wang kertas RM20 yang dilukis tangan ketika mengira duit salam kaut.

Situasi itu dirasakan lucu kerana masih ada lagi orang yang sanggup berbuat demikian semata-mata mahu memberi duit salam kaut kepada tuan rumah.

@jihaaaa98

agak2 bawak ke bank negara dapat berapa ya? ??

♬ DJ AYAM PARGOY – Breaks Music Group

“Ada duit baru pula ke? Ingatkan salam bagi tisu kosong atau sampul kosong sahaja. Rupanya sekarang lagi maju, ada yang lagi teruk rupanya,” katanya menerusi ruangan kapsyen dalam video tersebut.

Perkara itu juga turut mencuri perhatian netizen, rata-ratanya berpendapat tindakan tersebut tidak patut dilakukan kerana wang tersebut dikira sebagai sedekah.

Ada juga yang memberi pandangan berkemungkinan tetamu terbabit malu jika tidak menghulurkan duit salam namun itu bukanlah alasan untuk mempermainkan tuan rumah. Dalam pada itu, ada yang memuji kegigihannya melukis hampir sama dengan wang kertas RM20.

Screenshot 2023 09 11 170234

Apapun, sebagai tetamu tidak perlu rasa terbeban dan tuan rumah pula tidak sepatutnya meletakkan jangkaan tinggi mengenai duit salam ini.

Mungkin anaknya lukis wang kertas tu tapi mak ayahnya tak perasan?

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.