Umum mengetahui, beberapa negeri telah mengambil keputusan untuk tidak mengadakan bazar ramadhan, susulan dengan penularan wabak Covid-19 di negara ini.
Susulan keputusan itu, rata-rata peniaga bazar ramadhan meluahkan rasa kebimbangan mereka susulan pembatalan tersebut.
Bazar ramadhan online?
Namun peniaga bazar ramadhan di Kuala Lumpur mengambil alternatif untuk berniaga secara ‘online’…wahh menarik tu!
Apa yang menariknya kaedah cara pembelian sangat mudah untuk diuruskan iaitu hanya dengan menggunakan facebook sahaja, lapor Hype.
Salah seorang peniaga ayam goreng, Siti Nur Hanani berkongsi tentang cara membuat pesanan secara ‘online’ dengan menggunakan facebook.
“Peniaga akan menyiarkan menu mereka dalam kumpulan ini sementara pelanggan boleh melayari halaman berikut dan memilih makanan yang mereka inginkan. Mereka akan menghantar mesej melalui WhatsApp kepada peniaga masing-masing dan penghantar makanan akan memilih makanan dan menyampaikannya kepada para pelanggan.” – Siti Nur Hanani
Berikut adalah 15 senarai halaman bazar ramadhan di sekita KL dan Lembah Klang
1. Bazaar Ramadhan Online Subang Jaya
2. Bazar Ramadhan Bandar Puteri Puchong
3. Bazar Ramadhan Putra Perdana Puchong
4. Bazar Ramadhan OTK Puchong Prima
7. Bazar Ramadan Putra Heights Official
9. Shah Alam Bazaar Ramadhan Online 2020
10. Bazaar Ramadhan Online Gombak
11. Bazaar Ramadhan Online Wangsa Maju
12. Bazaar Ramadhan Online Ampang 68000
13. Bazar Ramadhan Pantai Dalam
14. Bazar Ramadan Saujana Utama
15. Bazaar Ramadhan Online Sungai Buloh
Hal ini tercetus selepas apabila kerajaan menyarankan mereka untuk berniaga secara ‘online’.
Walaubagaimanapun, mereka sudah jumpa cara untuk mengatasi masalah berkenaan dan kini kita masih lagi boleh menikmati bazar ramadhan pada tahun ini.
sama-sama kita doa malaysia supaya cepat sembuh dari wabak Covid-19.
Baca: “Selagi tak ada zero cases” – PKP Hingga Ramadhan? Ramai Netizen Minta PKP Dilanjutkan