in

“Ada bahagian tidak dijumpai” – Jenazah Cikgu Istiqomah Diserah Keluarga Tanpa Kaki & Tangan

Jenazah Cikgu Istiqomah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keluarga kepada guru wanita yang telah dibunuh dengan kejam, Cikgu Istiqomah hanya menerima jenazah dalam keadaan tidak sempurna tanpa kaki dan tangan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Melaka.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah memaklumkan proses penyerahan jenazah juga berjalan dengan lancar.


“Keadaan jenazah seperti mana yang semua tahu, ada bahagian yang tidak dapat (dijumpai) lagi di mana bahagian badan yang kita temui pada peringkat awal dan peringkat kedua (kepala dan tulang jari) telah diserahkan kepada keluarga hari ini.

“Jenazah ini sedang dimandi dan dikafankan dan insya-Allah akan dibawa balik ke Kelantan untuk dikebumi yang mana keluarga menerima keadaan ini selepas dimaklumkan oleh pihak doktor,” katanya.

Artikel berkaitan: “Saya reda dan ikhlaskan kematiannya” – Suami Cikgu Istiqomah Tak Sanggup Lihat Mayat Isteri

Artikel berkaitan: Bekas Guru Dihadap Ke Mahkamah, Dituduh B*nuh Cikgu Istiqomah

 

Screenshot 2024 08 19 152953

Ibu & suami tak sangggup tengok jenazah

Meskipun waris reda dengan tragedi ini, ibu dan suami mangsa masih bersedih dan tidak sanggup melihat jenazah Allahyarhamah.

“Alhamdulillah waris dapat terima seadanya, sebaiknya selepas diterangkan bagaimana keadaan jasad, walaupun ibunya nampak sedih.

“Waris termasuk ibu dan suaminya diberi peluang oleh pihak hospital untuk melihat jasad, tetapi mereka tidak sanggup,” katanya.

Beliau berkata, polis akan akan meneruskan siasatan dan pencarian anggota badan Istiqomah sekiranya pihaknya menjumpai sebarang petunjuk baharu walaupun suspek telah dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah.

Difahamkan, jenazah Istiqomah dijangka dibawa pulang ke kampung halamannya di Pasir Mas, Kelantan selepas waktu solat Zohor untuk dikebumikan.

Sumber: Kosmo!, Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.