Baru-baru ini, seorang wanita di luar negara dikejutkan dengan keretanya yang terbakar, namun apa yang menjadi perhatian ialah apabila tumbler atau botol air jenama terkenal Stanley miliknya yang berada di dalam kereta ketika kejadian tidak rosak dan masih ada ais di dalamnya.
Wanita tersebut yang dikenali sebagai Danielle telah berkongsi keadaan keretanya dan tumbler itu di TikTok baru-baru ini kerana dia kagum dengan kualiti tumbler jenama Stanley itu.
@danimarielettering Thirsty after you catch on fire? @Stanley 1913 is like no problem i gotchu #fyp #carfire #accident #stanleycup
Artikel Berkaitan: “Rasa macam susu”- Demi Buktikan Produk Jualan Selamat Digunakan, Penjual Makan Sabun Ketika ‘Live Streaming’
Artikel Berkaitan: “Habis hangus” – Ini Keadaan Terkini Bromo Lepas Terbakar Gara-gara ‘Photoshoot Pre-Wedding’
Dalam video TikTok yang berdurasi selama 14 saat itu, dapat dilihat wanita tersebut mengangkat tumbler Stanley itu dan menggoncangkannya untuk menunjukkan bahawa ais di dalam tumbler itu masih ada dan tidak cair meskipun ditinggalkan di dalam kereta yang terbakar.
Walaupun bahagian luar tumbler itu sedikit hitam dan straw bengkok akibat haba kebakaran, namun nampaknya bahagian dalam tumbler itu tidak terjejas, menandakan kualiti botol air itu memang bagus kerana ais dapat kekal lama tanpa cair meskipun ketika haba tinggi.
Apa yang lagi menarik ialah video keadaan botol air Stanley itu telah mendapat perhatian CEO syarikat jenama Stanley itu dan beliau berbesar hati mahu memberikan wanita itu kereta baru dan tumbler Stanley baru sebagai ganti kepada wanita tersebut.
@stanleybrand #stitch with @Danielle Stanley has your back ❤️
Nampaknya perkara ini telah menjadi marketing percuma kepada jenama Stanley ini sebab rata-rata pengguna TikTok mengatakan di ruangan komen bahawa mereka kini yakin dengan kualiti produk jenama itu dan mahu memiliki sendiri tumbler terbaik tersebut.
Sumber: Yahoo!