in

“Acu pist*l depan mata” – Pemandu Kongsi Detik Cemas Berdepan Dengan Suspek Kes Temb*k Di Setia Alam

suspek kes tembak setia alam tumpang 6 sekeluarga

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, berlaku satu kejadian tembakan di sebuah pusat membeli-belah di Setia Alam yang mana seorang pekerja kebersihan telah mengalami kecederaan akibat terkena das tembakan.

Ketika kekecohan berlaku, suspek dilaporkan sempat melarikan diri dengan mengugut seorang pemandu di tempat parkir sebelum diarah membawanya keluar sehingga ke lebuh raya.


Pemandu kongsi detik cemas

Pemandu yang diugut suspek itu berkongsi detik cemas dihadapinya dan keluarga pada malam kejadian.

Menurut lelaki yang enggan dikenali, dia dan keluarga terkejut apabila didatangi suspek ketika berada di parkir kereta, lalu lelaki itu terus mengacukan pistol.

3002047

Artikel berkaitan: Kes Temb*k Setia Alam: Suspek Bengang Ditegur Cleaner Suruh Alihkan Barang

Kongsinya, sebelum kejadian, dia bersama isteri dan empat anak sedang makan di sebuah restoran di pusat beli-belah terbabit sebelum keadaan tiba-tiba bertukar kecoh.

“Pengawal keselamatan mengarahkan kami semua segera keluar. Waktu itu tidak tahu kejadian sebenar berlaku.

“Saya segera bawa ahli keluarga keluar dan ketika ke tempat parkir terdengar bunyi letupan, awalnya saya ingat bunyi bonggol dilanggar kereta.

“Saya anggap itu bunyi biasa sahaja dan tak sangka rupanya bunyi letupan tembakan pistol,” katanya.

Mengulas lanjut, ketika mereka sekeluarga hendak masuk ke dalam kereta, secara tiba-tiba seorang lelaki berada di sebelahnya dan mengacukan pistol.

Screenshot 2025 02 10 170410

“Saya tercengang, suspek lepaskan tembakan ke arah dinding nak tunjuk itu pistol betul.

“Kami semua diarah masuk ke dalam kereta dan suspek duduk betul-betul di tempat duduk belakang saya (pemandu). Saya minta dia simpan pistol supaya anak-anak tidak takut,” ujarnya.

Katanya lagi, suspek mengarahnya melalui laluan tertentu sebelum turun di tepi lebuh raya.

Suspek berada dalam kereta kira-kira 45 minit dan sebelum menghilangkan diri, lelaki itu mengambil kad memori pada dashcam kereta.

Menurut laporan, polis telah mengenal pasti dan sedang giat memburu suspek. Difahamkan, suspek seorang lelaki tempatan berkulit cerah yang mempunyai 11 rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Sumber: Sinar Harian

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.