in

Acara Pop-Culture Paling Dinantikan, Cos-Mic 2024 Bakal Menemui Peminat Tak Lama Lagi

Ft Cosmic 2024

Acara pop-culture paling dinantikan oleh peminat anime, manga dan permainan video, Cos-Mic akan kembali lagi tahun ini dan acara tahun ini. Sebelum tu, apa kata kita tengok balik kemeriahan Cos-Mic 2023.

Sama seperti edisi lepas, Cos-Mic 2024 bakal diadakan di Sunway Pyramid Convention Center pada 14 hingga 16 September 2024 dan dianggarkan penyertaan lebih daripada 60,000 pengunjung.

Tahun ini, korang boleh jangkakan acara yang lebih meriah berbanding tahun lalu dengan penampilan nama-nama besar dalam scene TACG (Toys, Anime, Cosplay, Games).

434312640 395307003248835 3957603218732020286 N

Selain menjadi tempat berkumpulnya para cosplayer yang bakal memperagakan watak-watak terkenal korang boleh jangkakan pelbagai acara dan perkara menarik akan berlaku di Cos-Mic 2024 seperti :

1. Booth Cosplayer Untuk Sesi Meet & Greet

Seperti tahun sudah, Cos-Mic 2024 membawakan 5 orang cosplayer dari dalam dan luar negara seperti Monuko, Lily.Universe dan ramai lagi!

Snapinsta.app 455021013 1531595377465958 2883529458937563895 N 1080

Jangan lepaskan peluang untuk sertai sesi meet & greet yang bakal berlangsung sepanjang 3 hari konvensyen. Korang boleh tengok jadual diorang ni di Facebook Cos-Mic ye.

2. Persembahan dari artis tempatan & antarabangsa

Centi

Kalau tahun lepas Cos-Mic membawakan Burnout Syndromes, edisi kali ini ada penampilan Centimillimental yang terkenal dengan lagu-lagu yang menyentuh jiwa dalam anime popular seperti “Given – Fuyu no Hanashi” dan lagu baharunya “Seiginosumika”.

Selain itu, nantikan juga kemunculan Hoshi no Oka, KLP48 ramai lagi!

Tak dilupakan, Hina Suguta, pelakon suara di sebalik watak Marin Kitagawa yang mempesonakan dari My Dress-Up Darling dan Guinaifen dari Honkai juga akan membuat penampilan istimewa di acara ini. 

Hina Suguta 2024

3. 57 Booth di Artist Alley

Tak dilupakan, pastinya akan terdapat artist alley yang akan menghimpunkan ramai pengkarya yang akan keluarkan dan jual hasil seni mereka nanti.

Doujin 1

Jadi, jangan lepaskan peluang dan dapatkan merchandise daripada pengkarya korang!

Showcase Pertama ColorBANG di Asia Tenggara!

Colorbang Photo

Sebagai official game partner Cos-Mic 2024, ColorBANG akan membuat pameran pertama di Asia Tenggara. Permainan kompetitif kasual baharu yang pantas ini daripada NominoX Games, yang menerima pujian tinggi di Brazil Gamescom 2024 untuk permainan inovatif dan reka bentuk yang bertenaga, bersedia untuk menawan penonton di rantau ini.

Kunjungi gerai mereka di E1 untuk merebut barangan edisi terhad, menuntut kulit dalam permainan eksklusif, dan berjumpa dengan cosplayer Korea Selatan popular Song Joo A secara peribadi, yang akan bercosplay sebagai watak daripada ColorBANG!

ColorBANG akan tersedia untuk dimuat turun dari Google Play Store dan Apple App Store di Asia Tenggara bermula pada 10 September. Jangan ketinggalan untuk menjadi salah seorang yang terawal untuk terjun ke dalam aksi!

Tiket Dah Mula Dijual

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cos-Mic (@cosmic_asia)

Untuk korang yang dah tak sabar nak join konvensyen ini, korang boleh dapatkan tiket di tempat acara nanti, atau korang buat pembelian di Ticket2U.

Kalau korang nak tahu, sekarang ni ada promosi istimewa iaitu kalau korang dapatkan pas untuk 2 hari, korang akan dapat pas PERCUMA untuk hari ISNIN.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok di Facebook atau Instagram Cos-Mic 2024 okay! Kita jumpa dekat sana.