in

“Abah sakit, mata tak nampak” – Bapa Kongsi Detik Pilu Zaharif Lepas Dig*lis Bekas Polis Sebelum Meninggal Dunia

Ft Bapa Zaharif

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bapa kepada Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie kongsikan detik yang memilukan buat dirinya saat menyaksikan anaknya merintih kesakitan dan matanya tidak boleh melihat selepas dilanggar Perodua Ativa pada Disember lalu di Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini.

Kata Muhd Zamrie Zainal Abidin, 56, saat dia sampai di lokasi kejadian, dia melihat anak lelakinya itu sudah terbaring di tepi persimpangan Jalan Taman Jati 1 dalam keadaan meronta-ronta kesakitan dan dikerumuni orang ramai.


Artikel berkaitan : “Antara dada dan perut” – Ada Lagi Saksi Nampak Badan Zaharif Digil*s Tayar Perodua Ativa

Artikel berkaitan : Kes Polis Gil*s Pelajar: Pemandu Ativa Angkat Zaharif Dalam Keadaan Marah

Muhd Zamrie yang juga selaku saksi pendakwaan ke-19 itu juga berkata, pada masa sama, anak perempuannya, Nur Zawanie, 29, yang juga jururawat di lokasi kejadian mengarahkan orang ramai memberi ruang dan tidak menyentuh Zaharif.

Jelas pesara tentera itu lagi, dia melihat Zaharif mengalami kecederaan di bahagian siku berlubang, muka lebam dan paha ada kesan seretan.

Screenshot 2024 12 03 160930

“Ketika di tempat kejadian, saya di sisi kanan Zaharif manakala Nur Zawanie berada di sisi kiri Zaharif. Saya menghampiri Zaharif dan menyatakan, ‘Ni abah ni…’ sambil melihatnya meronta-ronta kesakitan.

“Kemudiannya, saya mendengar Zaharif bercakap ‘Abah sakit! Abah sakit! Mata tak nampak’,” katanya di hadapan Hakim Datuk Bhupindar Singh Gucharan Singh Preet pada hari ke-11 prosiding perbicaraan kes seorang pegawai kanan polis dituduh membunuh Muhammad Zaharif Affendi

Screenshot 2024 12 03 160949

Jelasnya lagi, Zaharif terus meronta-meronta sambil bangun duduk dan baring berulang kali biarpun kakaknya memberitahu Zaharif untuk tak berbuat demikian.

“Selang beberapa minit kemudian, Zaharif tiba-tiba senyap dan matanya mula berkelip-kelip.

“Nur Zawanie meminta Zaharif supaya tidak tidur dan menunggu sekejap sementara ambulans datang.

“Saya nampak Nur Zawanie bertindak memeriksa nadinya dan ketika itu, saya dan seorang ustaz sekolah yang berada di tempat kejadian meminta Zaharif untuk mengucap dua kalimah syahadat.”

Screenshot 2024 12 03 161008

Dia kemudiannya melihat Zaharif sudah mula merehatkan badan dan kaki Zaharif diluruskan sendiri, sambil matanya memandang ke atas dan terus tertutup.

Lapor sumber, dia bangun melapangkan jalan untuk beri laluan kepada ambulans namun dia pengsan dan tumbang di tempat kejadian. Sebaik sahaja sedar beberapa minit kemudian, anak perempuannya memberitahu bahawa Zaharif sudah meninggal dunia.

Screenshot 2024 12 03 161032

Dalam pada itu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam bela A Athimulan, Muhd Zamrie menegaskan ketika kejadian, ada guru wanita yang mengaku isteri kepada pemandu Ativa putih, memohon maaf atas sikap baran suaminya.

Mengikut pertuduhan, Deputi Superintendan Mohd Nazri Abdul Razak, 45, didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi, 17, di Jalan Taman Jati 1 berhampiran SMK Jati antara jam 11.45 pagi hingga 12.32 tengah hari 15 Disember tahun lalu. Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber : Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.