Siapa tak terkedu kalau kehilangan orang tersayang secara tiba-tiba kan? Begitu juga bagi gadis mesra dipanggil Ija ini yang baru saja kehilangan bapa tercinta.
Lebih menyayat hati, 2 hari sebelum bapanya meninggal dunia tu mereka satu keluarga sempat berkumpul untuk hantar Ija daftar masuk Universiti. Baru-baru ni pada 21 Julai, Ija dihantar keluarga dia termasuk arwah bapa untuk daftar ke universiti awam di Jengka, Pahang. Tup, tup keesokan hari bapa Ija tak sihat dan terus dimasukkan ke ICU.
Ikuti kisah penceritaan pemergian bapa Ija:
Harini daftar masuk, lusa abah meninggal
https://twitter.com/khdjhisma1l/status/1153410023239798784?s=21
Siapa sangka itulah kali terakhir Ija berpeluang peluk dan cium bapanya. Tapi kata Ija, dia bersyukur sebab sempat minta maaf dengan bapa.
Sayang abah.”
22 Julai – Isnin
Pada hari tersebut, difahamkan bapa Ija pergi untuk rawatan dialisis dan dikejarkan ke hospital kerana keadaannya yang tak sihat. Arwah kemudian dimasukkan ke wad tetapi minta adik beradik untuk tidak beritahu Ija kerana taknak anaknya risau.
Waktu ni abah ulang alik zon merah zon kuning.”
23 Julai – Selasa
Jam 2.51 pagi Ija terima panggilan dari kakaknya dan diberitahu bahawa abah dah tak sedarkan diri. Lepas tu masa jam 3.08 pagi dia terima video call pula dari kakak dan dimaklumkan abah sudah tak ada.
Ija tak percaya pastu kakak tunjuk muka abah dan abah kaku di situ.”
Ija terus menjerit sebab terlalu sedih sampai roommate dia terjaga dari tidur. Dia terus mandi dan bersiap untuk balik dan menurut Ija perjalannya untuk pulang jumpa abah buat kali terakhir dipermudahkan.
Ija sempat ucap terima kasih kepada yang tolong kebumikan bapanya secara langsung atau tidak langsung. Al Fatihah.