Korea Selatan sering menjadi destinasi yang utama dalam kalangan kita untuk bercuti mahupun belajar. Mana taknya, negara ini terkenal dengan lagu dan drama bersiri yang menarik sehingga ada sesetengah daripada kita yang berazam tinggi untuk menjejakkan kaki ke sana.
Ia juga termasuklah gaya hidup, keindahan alam dan kecanggihan teknologi di sana yang menyebabkan kita terpesona untuk melihat dengan mata kita sendiri.
Namun, disebalik keindahan sudah tentu ada realiti yang tidak diceritakan. Seperti baru-baru ini tular di media sosial seorang wanita yang telah berkongsi pengalamannya sendiri di Korea Selatan.
Wanita dedah realiti mencari kerja di Korea Selatan sebagai seorang muslimah
Video yang berdurasi 59 saat itu telah dikongsikan di laman TikTok yang menerangkan situasi seorang wanita yang mendedahkan realiti sebenar mencari kerja di Korea Selatan sebagai pekerja separuh masa.
@kimseri_eina Replying to @ziah0058 orang Korea ambil ke pekerja pakai hijab? #studyinkorea #studyabroad #kimseridiseoul .
“Kak orang korea ambil kerja ke kalau pakai hijab atau pun tak”
Tolak kerja separuh masa dekat kilang dan kedai makan sebab suruh tanggal tudung
Menerusi video tersebut, wanita itu asalnya telah ditawarkan kerja separuh masa di sebuah kilang oleh salah seorang kawannya yang berasal dari Indonesia.
“Dia tak pakai hijab sebab non-muslim. Jadi akak pun cuba pergi interview dia jam 10 pagi. Masa jumpa bos di kilang itu semua okay cuma dia berikan satu syarat untuk tanggalkan hijab semasa bekerja.”
Situasi sukar yang kedua telah dihadapi olehnya adalah semasa bertanyakan kerja di restoran. Dia pernah mencuba untuk memohon kerja separuh masa di sebuah restoran di sana di sebuah aplikasi Kakao Talk yang terkenal di Korea Selatan.
“Kerja tu akak potong-potong bawang je.. jadi akak mesej dia melalui kakao talk je… Jadi dia pun suruh hantar kad ID..”
Apabila ditunjukkan kad pengenalannya, pengurus restoran tersebut terus bertanya sekiranya dia adalah seorang muslim. Bila dijawab, dia terus menjelaskan bahawa wanita tersebut tidak dibenarkan memakai tudung semasa bekerja,
“Hijab is no in restaurant.”
Raih perhatian netizen, ada yang puji wanita tersebut kerana kuat iman
Video tersebut raih perhatian netizen dimana rata-rata daripada mereka memuji tindakan wanita tersebut yang sanggup menolak tawaran bekerja demi menjaga imej sebagai seorang muslimah.
Tabik dengan akak kita ni sanggup tolak kerja demi ingin menjaga maruah sebagai seorang muslimah. Bukan senang nak buat macam akak kita buat ni.
Baca: “Semoga kuat!” – [VIDEO] Korea Selatan Alami Banjir Terburuk Dalam 80 Tahun, 7 Dilaporkan Maut