in

Meremang! Gadis Kongsi Kisah Seram Bersembang Dengan Jelmaan Saka Nenek

Fi Saka 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila bercerita tentang saka, mesti ramai yang dah meremang kan? Itu baru cerita, belum lagi alami sendiri pengalaman dengan saka dan makhluk halus ni…Sebenarnya korang ada yang tertanya-tanya tak kenapa orang zaman dulu ramai bela saka?


Jadi, kebiasaannya jin yang berkaitan dengan amalan membela saka ini melibatkan beberapa perkara contohnya ilmu pertahankan diri; seperti silat, ilmu mengubati orang sakit, ilmu menilik, ilmu hitam untuk menghantar sihir, santau pada musuh (diupah), ilmu berkaitan kecantikan (susuk), ilmu mengurut, atau untuk menjaga kebun tanaman dan harta.

Itu yang kadang-kadang sampai ke anak cucu, ada yang terpaksa jadi waris kepada saka nenek moyang mereka, dan kalau kita dengar pengalaman sepanjang mereka menjadi ‘tuan’ kepada saka tu, fuh mesti meremang lah!

Seperti perkongsian gadis ini menerusi laman Twitternya, @malissaali, dia telah menceritakan pengalaman seramnya bersembang dengan jelmaan saka nenek kawannya pada satu ketika dahulu. Walaupun menurutnya kisah itu berlaku ketika dia berumur 17 tahun, namun ia tetap boleh buat sesiapa sahaja yang membaca thread ceritanya itu berasa seram sejuk.

“Kenapa tinggal suami dekat luar?”

Menurut Malissa, kejadian berlaku sewaktu dia pergi beraya ke rumah kawannya bersama ibunya. Di rumah itu, tinggal juga nenek kawannya yang berusia dalam lingkungan 80 hingga 100 tahun. Ketika ingin masuk ke rumah, nenek itu bertanya kenapa tinggal suami dekat luar sedangkan dia baru berumur 17 tahun dan belum berkahwin. Tambahan pula tiada seorang lelaki pun yang ikut beraya ke rumah kawannya itu.

Tidur bersama ‘jelmaan’ nenek

Disebabkan jarang berjumpa, Malissa buat keputusan untuk tidur di rumah kawannya itu walaupun pada mulanya ibunya berat hati nak izinkan kerana sudah mula rasa tak sedap hati. Jadi, pada malamnya Malissa tidur sebilik bersama kawan dan neneknya itu.

Mereka pun bersembang seperti biasa dan nenek itu asyik bertanya macam mana nak buat burasak (makanan bugis). Lalu, dia pun ajar lah nenek tu resepi nak buat burasak. Sedang mereka rancak bersembang, ibu kawannya masuk ke bilik dan menyuruh mereka tidur di biliknya. Walaupun pada mulanya dia menolak pelawaan ibu kawannya itu, namun mereka tetap juga pindah tempat tidur setelah ibu kawannya itu insist nak suruh mereka tidur di tempat lain dan tinggalkan nenek tu.

Apabila ditanya kepada kawannya kenapa mereka kena pindah bilik, kawannya itu terus suruh dia tidur je dan dia akan ceritakan sebabnya pada keesokan hari.

Kawan cerita perkara sebenar….

Pada keesokan harinya, Malissa terbangun akibat terdengar suara ibu kawannya itu menengking dan mengamuk pada nenek. Tanpa buang masa, kawannya terus ambil kunci motor dan bawanya keluar dari rumah.

Semasa di atas motor, barulah kawannya itu menceritakan hal sebenar bahawa pada malam itu yang tidur bersama mereka bukanlah neneknya kerana dia tiada di rumah. Jelmaan nenek yang bersembang dengannya itu ialah saka.

Apabila ditanya macam mana kawannya tahu bahawa itu bukan neneknya, dia memberitahu pada malam itu dia nampak ‘nenek’ itu mencangkung di tengah dapur sedang mencampur beras pulut dengan beras nasi. Sedangkan neneknya bongkok sakit tulang, tak boleh mencangkung.

Rupanya ‘jelmaan’ ni lagi seram ya sebab boleh menyamar jadi apa sahaja. Tapi yang peliknya, dalam banyak-banyak benda lah kan…saka tu boleh tanya resepi burasak! Saka tu lapar ke?

Baca: [VIDEO] Seram! Lelaki Kongsi Rakaman Waktu Kena Kacau Dengan Entiti Di Wad Hospital

Baca Saka

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.