in

8 Filem Fantasi Terbaik Yang Boleh Korang Tonton Ketika Cuti Raya Nanti

filem fantasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak tahu nak buat apa ketika hari raya ketiga, keempat dan seterusnya sebab dah penat dan sakan beraya pada hari raya pertama dan kedua? Apa kata rapatkan ukhuwah dengan ahli keluarga anda dengan cara menonton filem beramai-ramai depan TV!

Oleh itu, kali ini kami akan senaraikan filem fantasi yang boleh ditonton seisi keluarga.


#1 Nightbooks 

Filem yang ditayangkan pada tahun 2021 ini mengisahkan tentang seorang budak lelaki bernama Alex yang taksub dengan cerita hantu.

Namun, konflik bermula apabila dia tiba-tiba terperangkap dalam sebuah apartment ajaib milik seorang ahli sihir wanita cantik iaitu Natacha.

filem 1

Alex kemudiannya diarahkan oleh Natacha untuk membacakannya cerita hantu setiap malam jika tidak mahu mati.

Walaupun filem ini sesuai untuk tontonan seisi keluarga, namun jika anak-anak anda jenis sensitif, mereka tidak disarankan menontonnya sebab katanya ada beberapa babak yang menakutkan.

Apa-apa pun, tengok dulu trailer filem ini. Korang boleh tonton filem ini di Netflix.

#2 Beauty and the Beast (2017) 

Jika anda mahukan filem fantasi yang klasik dan tak lapuk dek zaman, apa kata rewatch semula filem lakonan Emma Watson dan Dan Steves.

Kisah dongeng ini bermula apabila seorang putera raja telah disumpah menjadi makhluk berbulu iaitu Beast oleh sorang nenek akibat sifatnya yang pentingkan dirinya sendiri.

Dia hanya boleh kembali ke rupanya yang asal jika dia belajar untuk mencintai seorang wanita dan wanita itu juga membalas cintanya sebelum kelopak terakhir dari bunga ros yang diberi oleh nenek itu jatuh.

Walaupun mungkin ramai antara korang yang dah tonton filem ni, apa salahnya kalau tonton lagi sekali kan.

#3 A Whisker Away 

Untuk anda yang sukakan filem anime dan genre fantasi, memang wajib tonton A Whisker Away ni!

Ia mengisahkan tentang seorang remaja perempuan bernama Miyo yang menyukai seorang budak lelaki, Hinode walaupun budak lelaki itu tidak menyukainya.

Suatu hari, seorang penjual topeng ajaib telah memberi Miyo topeng di mana topeng tersebut membolehkan Miyo bertukar menjadi kucing.

Apabila Miyo mejadi kucing, dia mendekati Hinode dan menemani budak lelaki tersebut.

Adakah dia berjaya bertukar menjadi manusia semula? Kalau nak tahu, kena la tonton filem anime ni sampai habis!

#4 Mary Poppins Return 

Walaupun filem original Mary Poppins telah ditayangkan pada 1964, namun filem remake versi 2018 ini tak kurang menariknya.

Watak pengasuh yang memiliki kuasa ajaib, Mary Poppins telah dilakonkan oleh Emily Blunt.

Pengasuh itu datang membantu sebuah keluarga yang berada dalam kesusahan.

 

#5 Little (2019)

Seorang wanita bekerjaya terkejut dengan transformasi dirinya apabila dia tiba-tiba bertukar menjadi dirinya yang berusia 13 tahun setelah bangun dari tidur.

Keadaan itu berlaku apabila seorang kanak-kanak menyumpahnya menjadi kecil semula gara-gara sikapnya yang sombong dan suka mengarah-ngarah stafnya di pejabat.

filem 3

Dia kemudiannya terpaksa kembali ke sekolah buat sementara waktu. Lagi teruk, dia dibuli pula di sekolah tersebut oleh pelajar-pelajar lain.

Plot filem ni sangat kelakar sebab korang kena tengok sendiri macam mana dia survive di sekolah walaupun ada pelajar yang cuba membuli dirinya.

#6 Lyle, Lyle, Crocodile 

Seorang budak lelaki bernama Josh terpaksa bergelut dengan dirinya sendiri untuk membiasakan diri dengan kehidupan di sekolah baru setelah keluarganya berpindah ke New York.

Kehidupannya berubah apabila dia bertemu dengan Lyle, iaitu seekor buaya yang boleh menyanyi dan suka mandi.

filem 2

Walaupun cerita ni memang tak logik sebab mana ada buaya yang pandai nyanyi, namun filem ini sesuai ditonton bersama anak-anak buah anda.

Lagi menarik bahawa suara buaya itu dibawakan oleh penyanyi terkenal Shawn Mendes!

#7 Mirai 2018 

Plot filem animasi fantasi Jepun bertajuk Mirai ini berkisar tentang seorang kanak-kanak lelaki berusia empat  tahun iaitu Kun yang rasa seperti tidak lagi disayangi oleh ibu bapanya setelah adiknya bernama Mirai dilahirkan.

Perhatian ibu dan ayahnya tidak lagi tertumpu kepadanya setelah kehadiran ahli keluarga baru itu.

Merajuk, Kun pun lari dari rumah namun dia kemudiannya terjumpa secara tidak sengaja sebuah taman magis yang menjadi pintu masuk ke dunia lain yang merentasi masa.

Di situ, Kun terjumpa dengan adiknya yang datang dari masa hadapan yang telah dewasa.

Apa yang paling menarik dalam filem ini ialah rekaan seni dalaman rumah Kun yang sangat cantik, moden dan estetik.

#8 The House with a Clock in Its Wall 

Budak lelaki bernama Lewis Barnavelt telah dibawa tinggal bersama dengan bapa saudaranya, Jonathan selepas kematian ibu dan ayahnya.

Ketika malam pertama dia tinggal di rumah bapa saudaranya itu, dia terdengar bunyi seakan bunyi jam dari dalam dinding rumah itu.

Rupa-rupanya, bapa saudaranya itu seorang pengamal ilmu sihir dan Florence yang merupakan jiran dan kawan baik Jonathan pula merupakan seorang ahli sihir.

Jadi, dalam filem ini, Lewis akan membantu bapa saudaranya mencari jam dalam dinding rumah itu untuk melindunginya daripada memusnahkan dunia.

Baca: Peminat Harry Potter Wajib Tahu! Ini 7 Fakta Menarik Tentang Behind The Scenes Filem Itu

f3 hp fans

Sumber: IMDb
Sumber: IMDb
Sumber: IMDb

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.