in

78 Kali Positif Covid-19, Lelaki Turki Ini Masih Positif Sejak November 2020

1lc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang lelaki warga Turki didapati menghidapi Covid-19 dan masih belum pulih sehingga ke hari ini. Lelaki berusia 56 tahun itu telah menghabiskan 14 bulan dalam isolasi semenjak kali pertama dikenalpasti dijangkiti Covid-19 pada November 2020.

Screenshot 2022 02 12 at 3.16.15 PM

Muzaffer Kayasan sehingga kini masih dalam tempoh kuarantin di rumah selepas beberapa bulan ditempatkan di hospital. Semasa di hospital, Kayasan diberikan rawatan sehingga jangkitan Covid-19 pada tubuhnya berkurang.


Menurut laporan Oddity Central, sepanjang 14 bulan mengalami Covid-19, Kayasan telah menjalani kira-kira 78 kali ujian saringan dan setiap kali ujian dilakukan, beliau didapati positif. Pihak hospital mendapati Kayasan hanya mengalami simptom Covid-19 yang teruk sekali sahaja, iaitu pada November 2020. Namun virus yang menggunakan manusia sebagai hos atau perumah itu masih kekal didalam badannya sehingga kini.

Screenshot 2022 02 12 at 3.15.57 PM

Selain faktor usia, Kayasan juga menghidapi leukimia dan ini juga membuatkan pihak kesihatan yakin badan beliau masih menyimpan virus Covid-19 yang aktif. Berikutan keadaan kesihatannya itu, vaksin bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik.

Screenshot 2022 02 12 at 3.16.26 PM

Untuk rekod, Kayasan hanya mampu melihat ahli keluarganya dari dalam rumah dan tidak mampu berinteraksi secara fizikal dengan mereka.

Baca: Pakar Dakwa Teori Varian Omicron Beri Kesan Lebih Ringan, Boleh Jadi Imuniti Semula Jadi?

Screenshot 2022 02 12 at 3.13.19 PM

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.