Negara China merupakan antara negara yang mempunyai populasi padat dan kerajaan yang strict dalam mengawal rakyat mereka. China juga merupakan negara yang pernah memperkenalkan polisi perancangan keluarga di antara tahun 1978 dan 1980 di mana setiap keluarga hanya boleh mempunyai seorang anak sahaja.
Namun, itu bukanlah satu-satunya undang-undang yang pelik di China. Ini dia kami kongsikan 7 undang-undang pelik di China yang korang takkan percaya.
1. Sekatan penggunaan Internet
Rakyat di negara China tiada akses kepada media sosial yang biasa digunakan oleh rakyat negara lain. Sebagai contoh, mereka menggunakan Weibo sebagai gantian kepada Facebook yang telah diharamkan sejak tahun 2009 selepas Urumqu Riot menggunakan Facebook sebagai platform untuk berhubung sesama mereka. Selain itu, mereka juga mengharamkan akses pornografi.

2. Pegawai lelaki tidak boleh ada setiausaha wanita
Walaupun pelik, tetapi undang-undang yang diperkenalkan di Wilayah Sinchuan ini adalah bagus dan mungkin boleh dipraktikkan di negara lain jugak. Tujuan sebenar undang-undang ini dijalankan adalah supaya pegawai lelaki yang sedang bekerja tidak akan distracted dengan setiausaha wanita yang bekerja untuk mereka. Hal ini dikatakan kerana kehadiran setiausaha wanita dikhuatiri akan membuatkan produktiviti kerja pegawai lelaki terganggu.

3. Rakyat tidak memiliki tanah mereka sepenuhnya
Setiap orang mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri. Namun, undang-undang di sana mengatakan tanah adalah milik kerajaan sepenuhnya walaupun rumah yang dibina di atas tanah tersebut dimiliki oleh rakyat. Tetapi, kerajaan telah memberikan sewa untuk tanah ini kepada pembina dan pemilik rumah selama jangka waktu yang berbeza iaitu di antara 20 dan 70 tahun.

4. Tidak boleh bercinta dengan rakan sekerja
Sebuah syarikat di Wilayah Guangzhou telah memperkenalkan polisi di mana pekerja mereka tidak dibenarkan bercinta dengan satu sama lain. Selain itu, pekerja wanita yang sudah bekerja kurang dari tiga tahun dan mempunyai teman lelaki yang tidak bekerja di office yang sama, kekasih mereka perlu diperiksa oleh syarikat untuk pastikan pasangan itu sepadan. Tetapi yang lebih pelik, pekerja dengan gaji 15,000 RMB dan ke atas dikecualikan daripada undang-undang ini.

5. Angsa digunakan sebagai polis
Jika polis biasanya akan menggunakan anjing yang telah dilatih untuk membantu dalam mencegah jenayah, tetapi lain pula di kawasan pedalaman Wilayah Xinjiang di China. Mereka menggunakan angsa kerana dikatakan lebih efisyen daripada anjing kerana lebih agresif, mempunyai penglihatan yang tajam serta membuat bunyi yang kuat tanpa henti. Pernah dilaporkan, sebelum ini angsa yang digunakan telah berjaya menangkap suspek yang memecah masuk ke balai polis.

6. Anak wajib melawat ibu bapa
Beberapa tahun lalu, kerajaan China telah melaksanakan undang-undang hak orang tua kerana semakin ramai warga emas yang ditinggalkan keseorangan. Hal ini biasanya berlaku sebab anak-anak mereka keluar ke bandar untuk bekerja dan meninggalkan ibu bapa di kampung halaman. Jarak perjalanan yang jauh menyebabkan mereka jarang pulang untuk menjenguk orang tua mereka. Di Shanghai, anak-anak yang tidak mengikut undang-undang ini akan disenarai hitamkan dari bank. Bagus juga ni, boleh elakkan daripada menjadi si tanggang..

7. Menjalankan hukuman mati untuk pelbagai jenis kesalahan
Hukuman mati bagi pesalah memang banyak dilakukan di negara China. Pada tahun 2014 sahaja, kerajaan telah menjalankan 2,400 hukuman mati kepada pesalah yang telah membuat pelbagai kesalahan termasuk yang tidak melibatkan jenayah. Sebagai contoh, penipuan dalam perniagaan pun boleh dikenakan hukuman mati. Fuhhhh, strict betul ni…

Undang-undang yang telah dilaksanakan di China memang pelik namun dilakukan di atas sebab tertentu yang tidak mungkin dapat difahami oleh rakyat negara lain yang berbeza ideologi, budaya dan agama.
Bukan senang nak memastikan kesejahteraan negara….
Baca: Hak Undang-undang Yang Anda Perlu Ketahui Sebagai Seorang Pekerja di Malaysia