in

7 Salon Muslimah Friendly Di Klang Valley Untuk Rawat Badan Yang Penat Serendah RM80

Page Salon

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila weekdays dah penat kerja, Sabtu dan Ahad mesti kita nak rileks tenangkan diri. Nak tau apa yang lagi best? Bila kita dapat manjakan diri dekat salon. Fuhh!

Tapi kadang susah juga nak cari salon yang best. Lagi-lagi yang muslimah friendly. Tapi korang boleh check out 7 salon muslimah friendly di Klang Valley untuk rawat badan yang penat serendah RM80.


 

1. Hurun Ain Oasis

Spa ni memang terkenal dalam kalangan muslimah di luar sana. Dengan tempat yang selesa dan tenang, mereka menawarkan macam-macam pakej untuk dipilih dengan harga yang berpatutan. Urutan kat sini memang sedap dan memuaskan. Korang boleh follow media sosial Hurun Ain Oasis sebab dorang selalu update promotion kat situ. Pakej termurah mereka ialah urutan tangan yang berharga RM15 je! What??!

S2
sumber: blog
S1
sumber: facebook

Lokasi: 104, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000, Kuala Lumpur
Website | Facebook | Instagram

 

2. Capello by Nina

Korang tak yah risau poket rabak kalau datang sini. Bukan je tempat ni khas untuk pelanggan perempuan sahaja, tapi dorang pun letak harga yang murah dan ala-ala bajet untuk student. Cool kan? Antara servis yang dorang sediakan ialah manicure dan pedicure, rawatan rambut, waxing dan banyak lagi. Pakej paling murah dorang ialah hair wash and finishing yang berharga RM25 je!

S3
sumber: blog
S4
sumber: blog

Lokasi: 91, Lorong Mamanda 1, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang
Facebook | Instagram

 

3. Sue Beauty Salon & Spa

Tempat ni dah start buat promosi bersempena bulan Ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi. Time ni lah korang kena rebut peluang dan pilih antara pakej yang disediakan. Dorang sediakan servis urut badan, facial treatment, hair treatment dan macam-macam lagi. Suasana dekat sini pun memang tenang je. Pakej paling murah yang disediakan ialah pakej urut dan scrub kaki yang berharga RM50 je.

S7
sumber: facebook
S6
sumber: blog

Lokasi: 579-G, Jalan Samudera Utara 2, Taman Samudra, 68100 Batu Caves
Blogspot | Facebook

 

4. Siti Salon Al- Zahrah

Salon ni dah terkenal dan dah bukak banyak branch. Dorang dah ada regular customers yang asyik datang balik sebab servis yang disediakan memang tip top. Tempat ni rasa mewah dan selesa untuk korang tenangkan dan manjakan diri. Pelbagai servis yang disediakan termasuk cuci dan treatment rambut, facial untuk resdung pun ada. Perkhidmatan facial normal baru RM75.

S8
sumber: instagram
S9
sumber: facebook

Lokasi: Bangi & Shah Alam
Website | Facebook | Instagram

 

5. Jazeerat El- Rahah

Suasana dekat Jazeerat El- Rahah memang thumbs up! Simple dan selesa and hanya wanita yang dibenarkan masuk. Meaning cik abang kena tunggu dekat luar ye. Servis yang disediakan ialah potong rambut, hair treatment, digital perming dan macam-macam lagi dengan harga yang berbeza dan berpatutan. Pakej paling murah yang dorang sediakan ialah potong rambut RM28 dan cuci rambut dengan harga RM35.

S10
sumber: blog
S11
sumber: blog

Lokasi: 55-1, Jalan 8/35, Seksyen 8, 43000 Bandar Baru Bangi
Website | Facebook

 

6. Medina Ladies Beauty Salon

Dorang ni memang rajin buat promotion. So, make sure follow sosial media dorang untuk  promotion yang berbaloi. Suasana dekat sini memang best tambah pulak harga pun bagus dengan servis yang memuaskan hati korang. Macam-macam pakej yang disediakan termasuk body massage, waxing, slimming package dan anti-stress massage. Kalau ada promosi, dorang akan tawarkan urut belakang dengan hot stone dengan harga RM50 je.

S12
sumber: facebook
S13
sumber: facebook

Lokasi: 45A, Jalan Plumbum R7/R, Seksyen 7, 40000 Shah Alam
Facebook | Instagram

 

7. Afiya Muslimah Salon

Salon ni mempunyai environment yang selesa dan tenang and memang khusus untuk wanita muslimah. Antara servis yang disediakan ialah khidmat potong dan treatment rambut untuk pelbagai masalah, facial treatment yang biasa serta whitening dan collagen pun ada. Body spa pun available dan semuanya dengan harga berpatutan. Servis paling murah ialah untuk rambut dalam RM20 dan ke atas je.

D1
sumber: blog
D2
sumber: blog

Lokasi: 42, Jalan Dataran Wangsa 1, Dataran Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur
Facebook | Instagram

So amacam? Boleh lah try salon Muslimah-friendly yang ada dalam senarai ni untuk rilekskan badan yang dah penat bekerja tu. Harga pun murah, servis pun best!

Admin kena pergi ni!

Baca: 5 Spa dan Urutan Terbaik Sekitar KL Dengan Harga Bawah RM100

Spa

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.