in

7 Peristiwa Besar Yang Berlaku di Malaysia Sepanjang 2021

Malaysia Rangkuman 2021

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setelah mengharungi pelbagai kepayahan semasa negara dilanda pandemik pada tahun 2020, tahun 2021 yang dianggap sebagai satu lembaran baru yang bakal membawa Malaysia keluar daripada kesengsaraan ini.

Walau bagaimanapun, 2021 bukanlah seperti yang dijangkakan. Banyak yang kita harungi daripada krisis ekonomi, pertukaran kerajaan hinggalah bencana alam yang meragut banyak nyawa.


Berikut kami rangkumkan 7 peristiwa besar yang berlaku di Malaysia sepanjang tahun 2021: 

 

1. Golongan menteri & VIP langgar SOP COVID 19

Penguatkuasaan SOP yang selaras dengan penularan wabak COVID 19 nampaknya semakin dipandang enteng oleh beberapa pihak terutamanya mereka yang berpangkat dan golongan selebriti.

Pada tahun ini sahaja, menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin di Parlimen, sebanyak 56 orang ahli politik telah ditahan kerana melanggar SOP.

Makandurian Langgar Sop
Insiden ‘makan durian’ yang melibatkan menteri langgar sop

22 daripada mereka telah dikenakan saman, 1 kes telah dihadapkan ke mahkamah manakala 25 kes lagi masih dalam siasatan. 8 kes pula telah diklasifikasikan sebagai NFA (no further action).

Ini belum termasuk kes golongan artis yang melanggar SOP seperti Neelofa dan suaminya, Harris, majlis aqiqah anak Datuk Seri Siti Nurhaliza, majlis perkahwinan Kamal Adli & Uqasha Senrose dan ramai lagi.

Neelofa Wedding Langgar Sop Fb
Majlis perkahwinan neelofa didakwa langgar sop

 

2. PKP akhirnya tamat, rakyat boleh rentas negeri

Rakyat Malaysia akhirnya  mendapat kebebasan yang telah lama dinantikan apabila Pelan Pemulihan Negara (PPN) diumumkan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Ogos, dua bulan sebelum PKP ditamatkan.

Pelan ini ialah sebagai satu strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik COVID 19.

Ppn Fasabh 1625314004

Dengan itu, secara rasminya pada 10 Oktober 2021, PKP yang sekian lama diadakan telah ditamatkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri. Perkara ini sekaligus merancakkan semula industri pelancongan dan ekonomi di dalam dan luar negara.

 

3. Malaysia tukar kerajaan lagi?

Situasi politik di negara ini kembali bergelora selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan ahli-ahli kabinetnya dipaksa meletak jawatan kerana gagal mendapat sokongan majoriti di Parlimen pada Ogos lalu.

Muhyiddin atau ‘Abah’ seperti yang digelar rakyat kemudian digantikan dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan Malaysia dengan mendapat sokongan daripada 144 MP.

Bh21Mailsumpah O Bhfield Image Socialmedia.var 1629535968

 

4. Bendera Putih 

Krisis ekonomi yang makin memburuk membuatkan sebilangan rakyat yang makin terdesak dan berada di dalam kesusahan muncul dengan kempen ‘bendera putih’ sebagai satu ‘signal’ dalam meminta bantuan dari segi kewangan dan makanan.

Sungguhpun kempen bendera putih ini terpalit pelbagai kontroversi melibatkan isu politik dan lain-lain, rakyat yang berpegang dengan prinsip #rakyatjagarakyat terus menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa dan agama. Salute! 

Bendera Putih White Flag Bernama 020721 1

 

5. Hartal Doktor Kontrak 

Tertekan dengan layanan yang diterima sepanjang menjadi doktor kontrak, sebahagian daripada doktor di Malaysia terlibat dalam kempen ‘Hartal Doktor Kontrak’ yang diadakan di hospital awam seluruh negara sebagai tanda solidariti kepada mereka yang terkesan.

Antara matlamat yang ingin dicapai termasuklah penyerapan pegawai perubatan kontrak ke dalam sistem kesihatan secara automatik, ketelusan kaedah penyerapan dan jaminan pekerjaan dan lanjutan pelajaran pascakontrak.

Covid 19 Hartal Doctor Contract Sungai Buloh 02 Full

 

6. Najib bersalah dan dijatuhkan hukuman 

Setelah sekian lama kes berlangsung, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak gagal dalam rayuannya untuk mengenepikan sabitan dan hukuman kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Ini bermakna hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atas 3 pertuduhan pecah amanah, 3 pertuduhan pengubahan wang haram dan 1 pertuduhan penyalahgunaan kedudukan terhadap ahli Parlimen Pekan ini dikekalkan.

Najibsalah Hmfield Image Listing Featured V2.Var 1595910389

 

7. Banjir besar landa Malaysia 

Bah besar yang melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia merupakan penutup bagi tahun 2021 yang amat menyedihkan.

Hujan tanpa henti yang melanda beberapa tempat di Lembah Klang dan Selangor serta negeri seperti Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu telah menyebabkan banjir.

Banjir 2021

Boleh dikatakan Selangor ‘lumpuh’ pada 18 Disember lepas gara-gara banjir yang kini mengorbankan sebanyak 48 orang (setakat artikel ini ditulis) dan ribuan lagi kehilangan tempat tinggal dan harta benda.

Namun semangat yang dipaparkan rakyat Malaysia sangat mengagumkan apabila kita semua dilihat turun padang dan menghulurkan bantuan tak kira masa, tempat dan siapa yang terlibat.

Semoga tahun hadapan memberi sinar harapan baru buat kita semua. Selamat Tahun Baru 2022! 

Baca: “Kau memang layak” – Abang Viva Viral Terima Anugerah ‘Adiwira Prihatin Musibah’

Viva 1

Sumber: Blog
Sumber: Media Rania
Sumber: BH
Sumber: BH
Sumber: FMT
Sumber: Blog
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.