in

6 Sebab Wanita Paling Pantang Bila Suami Tanya Mahu Kahwin Lagi Satu

Suami Kahwin Lagi. Ini Puncanya 35Kflid26Hbkzd0640T24G

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau tak mahu tidur di luar rumah, orang lelaki janganlah berani-berani sebut tentang nak kahwin lagi satu atau bermadu. Hati perempuan ni sensitif dan cepat sangat terasa kalau suami yang mereka sayang sebut pasal nak tambah lagi satu ni.

Tapi kadang-kadang orang lelaki pun ada terfikir jugak. Kenapa isteri marah sangat kalau sebut nak berpoligami? Bukan ke tu sunnah nabi? Haa ini kami senaraikan enam sebab kenapa wanita paling pantang bila suami sebut mahu kahwin lagi.


 

1. Suami jarang balik rumah

Suami Tak Sentuh 01
gambar hiasan

Kalau dulu masa sebelum berkahwin dua, tepat pukul 6 suami dah terpacak depan pintu rumah. Ketika hujung minggu pula, suami ada saja masa nak keluar bersama-sama atau bermanja dengan isteri dan anak-anak di rumah. Kalau tak ada apa-apa kerja suami akan bantu isteri dekat dapur ke atau tolong kemaskan rumah bila isteri sibuk memasak.

Tapi sejak-sejak bermadu ni, suami dah kurang masa di rumah. Ada hari suami balik, ada hari dia tak balik sebab tidur rumah madu. Tapi ada juga kes yang suami tak balik langsung berminggu-minggu sampai berbulan sebab seronok sangat dengan isteri kedua. Macam mana tu? Sian isteri pertama! 

 

2. Tak suka kongsi kasih sayang suami

Poligami Pernikahan Kesehatan
gambar hiasan

Wanita mana yang sanggup kongsi kasih sayang kan? Kadang-kadang isteri ni mengaku yang mereka tamak dalam soal kasih sayang. Dengan mak mertua pun mereka cemburu kalau suami lebihkan ibu mereka sendiri, yang mana memang tak logik langsung! Tapi macam mana pulak kalau suami dah berkahwin dua? Kasih sayang suami tu dah kena berbagi-bagi dekat isteri yang lagi satu. Kadang-kadang si isteri jadi curious, dia lebih sayang aku atau bini muda? Kan dah jeles tu!

 

3. Takut suami tidak berlaku adil

Cemburu
gambar hiasan

Point yang inilah paling digeruni semua wanita dan menjadi sebab utama kenapa ada di antara isteri-isteri tolak poligami. Kalau suami mereka adil dan saksama, pandai jaga hal makan minum dan rumah tangga, poligami ni tak jadi isu langsung! Tapi kalau asyik sebelah sana je dapat kereta mewah, rumah besar dan baju baru. Mana taknya isteri yang lagi satu mengamuk. Kadang-kadang tu, ada yang tak padan dengan gaji kecil, sibuk jugak nak berpoligami. Nak bagi makan anak bini sekarang pun terkial-kial, ada hati nak tambah satu lagi isteri? Aduhai… korang fikirlah sendiri. 

 

4. Sering dituduh tak pandai jaga suami

Muslimah Sedang Menangis
gambar hiasan

Sikap masyarakat sekarang suka menuduh tanpa usul periksa membuatkan sesetengah wanita menjadi mangsa dalam poligami. Sedih hati para isteri ni bila ada mulut jahat yang ‘membawang’ kata mereka tak pandai jaga suami sehingga lelaki tu cari bini lain. Walhal korang tahu ke perit jerih wanita ni dalam menjaga makan minum suami dan tengok hal ehwal anak-anak?

Ada yang di antara mereka sangat setia dengan perkahwinan dan sanggup berhenti kerja demi nak komited menjaga rumah tangga. Tapi setelah segala pengorbanan yang mereka lakukan, suami tetap jugak cari yang lain dan minta izin nak kahwin dua. Di mana salahnya wanita itu? Tak baik makcik-makcik bawang tuduh menuduh tau! 

 

5. Anak-anak terabai

4766491 Orig
gambar hiasan

Anak-anak kecil lagi dan semuanya umur dekat-dekat, tup tup dapat tahu suami nak kahwin lain. Mana tak risaunya hati wanita yang merangkap ibu ni? Masa belum bermadu pun suami dah jarang-jarang tengok hal anak, ini dah bermadu dan bakal ada anak lain dengan isteri baru… apalah nasib anak-anak di sini? Bapa yang nak kahwin baru tu janganlah lupa tanggungjawab terhadap anak-anak. Jangan esok bila dah tua baru nak menagih kasih.

 

6. Selalu dengar kisah buruk tentang poligami 

Screen Shot 2015 02 26 At 1.07.08 Pm 1
gambar hiasan

Hari-hari kalau korang buka laman Facebook Kisah Rumah Tangga, mesti korang akan jumpa tentang kisah perit bermadu ni. Kisah wanita dianiyalah, kena buli dengan madulah, kisah kebun disondol oranglah dan macam-macam lagi kisah sampai korang rasa tension dan trauma dengan perkataan madu ni.

Tetapi… tak semua yang bermadu alami masalah yang serupa. Ada juga yang bermadu namun hidup aman bahagia berkat kesabaran dan sentiasa saling memahami satu sama lain. Malah peranan suami juga sentiasa adil dan cemerlang dalam menjaga kebajikan isteri-isteri mereka membuatkan perkahwinan itu sentiasa dilimpahi sakinah, mawaddah dan rahmah.

Screen Shot 2015 02 26 At 1.08.41 Pm
sumber: blog
Salih Yaacob3
sumber: blog

Sebagai contoh, keluarga selebriti seperti Ashraf Muslim, Salih Yaacob dan Zarina Zainuddin yang sentiasa mengekalkan hubungan baik dengan madunya. InsyaAllah kalau kita berpoligami dengan niat yang betul tentu semuanya berakhir dengan kebaikan.

Zarina Zainuddin
sumber: sinar harian

Sentiasalah bersangka baik dengan Tuhan. Setiap dugaan yang datang tu mesti ada hikmahnya. 

Baca: Lelaki Hidup Bahagia Dengan Dua Isteri Cantik Kongsi Tips Keharmonian Hidup Berpoligami 

Bermadu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.