Media sosial ni memang dah jadi antara app yang WAJIB ada dalam phone masing-masing. Even korang ada lebih daripada satu phone sekalipun, phone-phone tu mesti kena ada media sosial. Instagram, Twitter dan Facebook adalah app yang bila kita celik mata je, mesti kita terus usha semua benda kat situ. Nak shopping? Nak tengok apa-apa info? Haa buka je tiga apps ni, confirm dapat benda yang korang cari. Tapi lagi ramai netizen yang prefer Instagram dan Twitter berbanding Facebook. Nak tahu kenapa? Baca 6 sebab kenapa lagi ramai yang suka Instagram dan Twitter berbanding Facebook!
1. Instagram dan Twitter tak banyak drama macam kat Facebook!
Okay kalau kita tengok kat fb, kebanyakan post yang ada adalah tentang politik dan benda-benda negatif yang tak sepatutnya ada. Contohnya macam kes sebelum ni, yang tentang wanita janda buat live untuk minta dirogol seramaI 10 lelaki. TAK MASUK AKAL KAN! Kalau kita tengok kat Instagram, kebanyakannya gambar dan video je yang ada, and memang jarang sangat kalau nak nampak benda bukan-bukan kat situ.
2. Makcik pakcik bawang lagi ramai kat Facebook

Ada sesetengah daripada kita yang takde Instagram dan Twitter, so dorang jadikan Facebook satu-satunya tempat nak kongsi cerita. Namun makcik pakcik bawang ni memang aktif sesangat kat fb, so memang silap besarlah dorang pergi cerita benda ‘bukan-bukan’ kat fb tu. Even kalau kita tengok kat ruangan komen page yang ada kat fb pun, ramai gilerrrr makcik pakcik bawang kat situ. Tak percaya? Haa pergi tengok sekarang!
3. Boleh share apa-apa je kat Twitter dan Instagram tanpa dikutuk netizen

Instagram dan Twitter ni mostly boleh cerita apa-apa je, lebih-lebih lagi kat Twitter. Boleh dikatakan Twitter ni memang sesuai untuk mereka-mereka yang nak sharekan cerita dorang walaupun benda tu agak personal. Kalau tengok kat fb, kebanyakannya banyak cerita tipu yang direka sendiri untuk kenakan orang atau pun sebab dorang tu attention seeker. Plus, komuniti-komuniti yang ada kat fb tu lagi toxic, sebab ada je benda yang dorang nak kecam dan tak puas hati.
4. Lagi banyak gambar dan video kawan-kawan kat Instagram dan Twitter

Susah nak tengok remaja zaman sekarang yang ada fb. Kebanyakannya dorang lebih aktif kat Instagram dan Twitter, so dekat situ konfemlah banyak gambar dan video yang dorang kongsikan untuk followers masing-masing. Kalau macam kat fb, apa yang kita dapat tengok mostly page-page yang aktif update cerita semasa.
5. Instagram Story lagi menarik

Cuba korang buka Instagram, siapa je yang takde update instastory masing-masing? Berlambak yang share gambar atau video dorang kat situ. Sebabnya kat Instagram, banyak benda-benda yang menarik yang boleh diletakkan sekali kat story tu, contohnya macam location, text, emoji dan banyak lagi. Sampaikan paid review kat instastory yang ada 24 jam je tu pun kena bayar sampai ratus-ratus tau! Kalau nak comparekan dengan FB, alahaii sendunyaaa….
6. Insta Live lagi sesuai, Facebook Live macam ‘mehhhh’

Haa yang ni memang tak boleh dinafikan, setiap hari ada je yang buat live kat Instagram masing-masing. Walaupun ada segelintir daripada kita semua yang tengah lipat baju pun nak live, tapi yang peliknya viewer dia ramai! Cuba korang buat macam tu kat FB live, memang ada orang akan tengok, tapi esok lusa korang viral sebab isu itu lah, ini lah…
Media sosial ni sebenarnya untuk kongsi cerita atau gambar. Kalau ada yang niat disebaliknya tu, cepat-cepatlah berubah ye, and jangan cemarkan media sosial ni sebab budak bawah umur dok usha je apa yang korang post tu!
Baca: 8 Struggles Orang Malaysia Lalui Bila Nak Buat Persediaan Kahwin

